31 OKTOBER 2024
RUSIA
Saudara Roman Mareyev Dibebaskan dari Penjara di Rusia
Pada 25 Oktober 2024, Saudara Roman Mareyev telah dibebaskan dari penjara di Rusia. Dia disabitkan dan dihukum penjara selama empat tahun dan enam bulan pada 12 Julai 2023. Oleh sebab dia sudah dipenjarakan selama kira-kira dua tahun sebelum perbicaraan, dia telah memenuhi tempoh hukumannya.
Semasa perbicaraan kes jenayah Roman, dia menjelaskan bagaimana dia mendapat kekuatan untuk tetap tabah. Dia kata, “Kebahagiaan sejati tidak bergantung pada keadaan sekeliling saya. Saya gembira kerana saya melakukan apa yang betul. Saya juga tahu Tuhan berkenan dengan tindakan dan usaha saya untuk hidup menurut standard-Nya. Mengapakah saya begitu yakin? Kerana Roma 15:13 kata, ‘Semoga Tuhan yang memberi kamu harapan, mengurniai kamu sukacita dan kedamaian yang melimpah kerana kamu percaya kepada-Nya, supaya dengan kuasa suci Tuhan, harapan kamu bertambah kukuh.’ Hati saya penuh dengan sukacita dan kedamaian biarpun saya menghadapi ketidakadilan. Hal ini hanya dapat dicapai dengan adanya kuasa suci Tuhan dan berkat-Nya.”
Kita amat bersyukur Roman dan keluarganya dapat bersama semula. Kita juga rasa lega untuk tahu bahawa Yehuwa akan memberkati usaha kita untuk tetap setia.—2 Tawarikh 15:7.