15 SEPTEMBER 2023
RUSIA
Saudara Sergey Gromov Dijatuhkan Hukuman Penjara selama Enam Tahun dan Satu Bulan
Pada 14 September 2023, Mahkamah Daerah Moskovskiy di Kazan mensabitkan Saudara Sergey Gromov dan menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun dan satu bulan. Dia telah ditangkap sejak 15 Mac 2022, dan akan terus ditahan.
Profil
Kita bersyukur atas teladan Sergey dan Yelena yang tetap setia dan bergantung pada Yehuwa. Apabila kita lihat bahawa mereka terus setia dan menerima berkat Yehuwa, kita yakin bahawa ‘tangan Yehuwa tidak terlalu pendek untuk menyelamatkan kita dan telinga-Nya tidak terlalu pekak untuk mendengar seruan kita.’—Yesaya 59:1.
Garis Masa
15 Mac 2022
Kes jenayah dibuka. Ditangkap untuk disoal siasat dan dibawa ke pusat tahanan sementara
16 Mac 2022
Rumah digeledah
17 Mac 2022
Dipindah ke pusat tahanan sebelum perbicaraan
30 Mac 2023
Perbicaraan kes jenayah bermula
14 September 2023
Disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan satu bulan
a Saudara Gromov berada dalam pusat tahanan sebelum perbicaraan semasa rencana ini disediakan dan tidak dapat ditemu ramah.