27 JULAI 2023
RUSIA
Saudara Sergey Klimov Dibebaskan dari Penjara di Rusia
Pada 26 Julai 2023, Saudara Sergey Klimov telah dibebaskan dari penjara di Astrakhan selepas menjalani hukuman selama lima tahun. Dia ditangkap buat kali pertama pada 3 Jun 2018 dan kemudian dimasukkan ke pusat tahanan sebelum perbicaraan. Pada 5 November 2019, dia dijatuhkan hukuman penjara dan dipindahkan ke penjara koloni.
Semasa di penjara, Sergey tidak diizinkan untuk berjumpa dengan isterinya Yuliya, selama sembilan bulan. Selain itu, dia tidak menerima kebanyakan surat yang dikirim kepadanya. Keadaan di penjara yang teruk menyebabkan kesihatan Sergey semakin merosot. Walaupun demikian, dia berusaha mengekalkan sikap yang positif dengan melakukan pembacaan Bible dan berdoa secara tetap.
Sergey didakwa terlibat dalam kegiatan ekstremis kerana kepercayaan agamanya. Semasa perbicaraan kesnya, Sergey mempertahankan dirinya dengan berani dan menjelaskan tujuan dia menyebarkan mesej Bible. Dia berkata, “Tuhan saya, Yehuwa, ialah Tuhan yang pengasih dan adil.” Dia juga menambah, “Kasihlah yang mendorong saya untuk melakukan sesuatu untuk membantu orang lain, dan bukannya kebencian atau kegiatan ekstremis.”
Kita bersukacita kerana Sergey dan Yuliya dapat bersatu semula. Kita juga amat bersyukur kerana Yehuwa telah memberkati kesetiaan Saudara Sergey.—Yosua 24:14.