Lompat ke kandungan

Saudara Sergey Ledenyov bersama isterinya Anna

20 NOVEMBER 2020
RUSIA

Saudara Sergey Ledenyov Mungkin Dijatuhkan Hukuman Penjara selama Enam Tahun di Rusia

Saudara Sergey Ledenyov Mungkin Dijatuhkan Hukuman Penjara selama Enam Tahun di Rusia

Keputusan Mahkamah

Pada 24 November 2020, a Mahkamah Bandar Petropavlovsk-Kamchatskiy di Kawasan Kamchatka dijadualkan untuk membuat keputusan untuk kes Saudara Sergey Ledenyov. Dia mungkin dipenjarakan selama enam tahun.

Profil

Sergey Ledenyov

  • Tahun Lahir: 1974 (Ossora, Wilayah Kamchatka)

  • Biografi: Mempunyai lima orang adik-beradik. Suka melukis dan mengambil foto. Bekerja dalam bidang pembinaan sebagai penurap bata dan tukang jubin. Sebelum belajar Bible dengan Saksi-Saksi Yehuwa, dia berpandangan bahawa ajaran Bible tidak selaras dengan sains dan ketinggalan zaman. Berkahwin dengan isterinya Anna, pada tahun 2017. Anna berkata bahawa prinsip Bible membantu Sergey menjadi seorang suami yang tenang dan pengasih

Sejarah Kes

Pada 2 Disember 2018, sekumpulan pegawai yang bertopeng dan bersenjata menyerbu rumah Saudara Ledenyov di Petropavlovsk-Kamchatskiy. Dia ditahan dan didakwa menurut Perkara 282.2 daripada Kanun Jenayah Rusia. Perbicaraannya bermula pada 28 November 2019.

Pada 12 Disember 2019, Mahkamah Bandar Petropavlovsk-Kamchatskiy di Kawasan Kamchatka membuat keputusan untuk mengembalikan kes Saudara Ledenyov kepada pihak pendakwa. Biasanya, mahkamah akan berbuat demikian jika mendapati bahawa suatu tuduhan tidak mempunyai bukti yang mencukupi. Tetapi pada 4 Februari 2020, keputusan ini telah dibatalkan oleh mahkamah atasan dan perbicaraan disambung semula. Semasa perbicaraan itu, pihak berkuasa menyoal isteri Saudara Ledenyov dan seorang lagi saudari. Mereka ingin memaksa saudari-saudari kita untuk memberikan keterangan palsu tentang Saudara Ledenyov. Tetapi kedua-dua saudari kita enggan berbuat demikian.

Saudara-mara Saudara Ledenyov yang bukan Saksi tidak memahami mengapa dia dianiaya kerana imannya.

Kita berdoa untuk Saudara dan Saudari Ledenyov seraya mereka menantikan keputusan mahkamah. Kita yakin bahawa kuasa suci Yehuwa akan senantiasa menyertai mereka.—1 Petrus 4:14.

a Mungkin berubah.