Lompat ke kandungan

Sergey Verkhoturov bersama isterinya, Viktoriya

26 FEBRUARI 2021
RUSIA

Saudara Sergey Verkhoturov Tetap Teguh meskipun Dia Mungkin Dipenjarakan selama Tujuh Tahun

Saudara Sergey Verkhoturov Tetap Teguh meskipun Dia Mungkin Dipenjarakan selama Tujuh Tahun

Keputusan Mahkamah

Pada 1 Mac 2021, a Mahkamah Daerah Priokskiy di Nizhny Novgorod mungkin mengumumkan keputusannya dalam kes yang melibatkan Saudara Sergey Verkhoturov. Dia mungkin dipenjarakan selama tujuh tahun.

Profil

Sergey Verkhoturov

  • Tahun Lahir: 1974 (Baikalsk, Wilayah Irkutsk)

  • Biografi: Pernah bekerja sebagai juruelektrik selama sepuluh tahun. Kebelakangan ini, bekerja sebagai penasihat perundangan untuk sebuah syarikat industri

  • Berminat tentang Bible semasa masih muda. Apabila dewasa, kagum dengan kelakuan baik rakan sekerjanya yang belajar Bible dengan Saksi-Saksi Yehuwa. Hal ini mendorongnya untuk belajar Bible. Hatinya tersentuh dengan ajaran Bible yang jelas dan masuk akal. Dibaptis pada 1995. Berkahwin dengan isterinya, Viktoriya, pada 2001

Sejarah Kes

Pada 16 dan 17 Julai 2019, pihak berkuasa Rusia menyerbu 35 buah rumah Saksi-Saksi Yehuwa di Wilayah Nizhny Novgorod, termasuk rumah Verkhoturov. Sergey mengenang kembali semasa pegawai mula menggeladah rumahnya. Dia berkata, “Saya bertenang dan hanya rasa sikit risau.” Selepas itu, mereka mengugut untuk memenjarakan Viktoriya jika saya tidak mendedahkan maklumat sulit. Sergey menyambung, “[Perkara ini] sangat susah bagi saya.” Namun begitu, dengan bantuan Yehuwa, dia tetap teguh. Viktoriya b tidak dipenjarakan.

Sergey menjelaskan, “Saya belajar untuk tidak takut akan hal yang belum berlaku, kerana seringkali apa yang anda bayangkan akan berlaku berbeza daripada apa yang benar-benar berlaku. Semasa mengharungi cabaran, anda sedar hal itu mustahil hanya dalam pandangan orang lain. Sebenarnya, ketika menghadapi cubaan anda merasai sokongan Yehuwa dalam cara yang istimewa.”

Untuk mengekalkan sukacita, Sergey berfokus membuat sesuatu untuk Yehuwa dan orang lain. Dia menerangkan, “Keinginan saya adalah untuk memuliakan Yehuwa. Saya berdoa dan akan terus berdoa tentang hal itu. Saya juga berdoa semoga saya dapat tabah dalam cara yang mengharumkan nama-Nya dan memberikan kesaksian yang baik. Sejak penganiayaan itu bermula, orang yang saya jumpa sama ada tidak tahu apa-apa tentang Tuhan atau hanya tahu sedikit tentang-Nya. Saya merayu kepada Yehuwa dengan sepenuh hati untuk membantu mereka menjadi sahabat-Nya.”

Semasa saudara saudari kita di Rusia terus menghadapi penganiayaan, perasaan kita sama dengan Rasul Paulus yang berkata, “Semoga Tuan kedamaian sentiasa mengurniai kamu kedamaian dalam segala hal. Semoga Tuan kita menyertai kamu semua.”—2 Tesalonika 3:16.

a Tertakluk kepada perubahan.

b Pada Mac 2020, pihak berkuasa membuka kes jenayah yang berasingan terhadap Viktoriya.