27 JUN 2023
RUSIA
Saudara Skvortsov dan Tibiy Disabitkan Bersalah
Pada 20 Jun 2023, Mahkamah Bandar Taganrog di Wilayah Rostov mensabitkan Saudara Aleksandr Skvortsov dan Valeriy Tibiy. Aleksandr dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun. Dia telah ditempatkan di pusat tahanan sebelum perbicaraan sejak 7 Disember 2021, dan akan terus ditahan. Valeriy pula dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama enam tahun. Dia telah ditempatkan di pusat tahanan sebelum perbicaraan sejak 18 Mei 2022, dan telah dibebaskan dari tahanan.
Profil
Kita bersyukur atas jagaan dan bimbingan Yehuwa yang membantu kita mengharungi apa jua cabaran.—Mazmur 5:12.
Garis Masa
20 Mac 2021
Rumah Skvortsov digeledah
7 Disember 2021
Sebanyak 30 rumah Saksi di Taganrog digeledah, termasuk rumah Skvortsov. Ini kali kedua rumahnya digeledah. Dia didakwa melakukan jenayah dan dibawa ke pusat tahanan sementara
8 Disember 2021
Aleksandr dimasukkan ke pusat tahanan sebelum perbicaraan
29 Mac 2022
Kes jenayah dibuka terhadap Valeriy
31 Mac 2022
Para penyiasat menggabungkan kes Aleksandr dan Valeriy
18 Mei 2022
Valeriy ditangkap dan dibawa ke pusat tahanan sementara
26 Mei 2022
Valeriy dimasukkan ke pusat tahanan sebelum perbicaraan
6 Disember 2022
Perbicaraan kes jenayah bermula
20 Jun 2023
Aleksandr dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun. Valeriy pula dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama enam tahun