22 JULAI 2024
RUSIA
Saudara Valeriy Baylo Dijatuhkan Hukuman Penjara
Pada 3 Julai 2024, Mahkamah Daerah Abinskiy di Kawasan Krasnodar mensabitkan Saudara Valeriy Baylo. Dia dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan enam bulan. Dia akan terus ditahan.
Profil
Kita yakin bahawa Yehuwa akan terus melindungi Valeriy dan semua saudara saudari yang masih dipenjarakan dengan ‘kasih-Nya yang abadi.’—Yeremia 31:3.
Garis Masa
28 Mac 2024
Kes jenayah dibuka
2 April 2024
Disoal siasat dan didakwa terlibat dalam kegiatan organisasi yang ekstremis. Dimasukkan ke pusat tahanan sementara
4 April 2024
Dipindahkan ke pusat tahanan sebelum perbicaraan
26 Jun 2024
Perbicaraan kes jenayah bermula
3 Julai 2024
Selepas tiga sesi perbicaraan mahkamah sahaja, hakim mensabitkan Valeriy dan menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun dan enam bulan