Lompat ke kandungan

Saudara Vasiliy Reznichenko

26 MAC 2021
RUSIA

Saudara Vasiliy Reznichenko, Umur 78 Tahun, Dituduh sebagai “Ekstremis” kerana Menyembah Tuhan dengan Damai

Saudara Vasiliy Reznichenko, Umur 78 Tahun, Dituduh sebagai “Ekstremis” kerana Menyembah Tuhan dengan Damai

TERKINI | Mahkamah Rusia Menolak Rayuan Saudara Vasiliy Reznichenko

Pada 30 Julai 2021, Mahkamah Wilayah Amur menolak rayuan Saudara Vasiliy Reznichenko. Hukuman asalnya, iaitu hukuman penjara tertangguh selama dua tahun, kini akan dikuatkuasakan. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Pada 2 Jun 2021, Mahkamah Daerah Zeya di Wilayah Amur mensabitkan Saudara Vasiliy Reznichenko. Dia diberikan hukuman penjara tertangguh selama dua tahun.

Profil

Vasiliy Reznichenko

  • Tahun Lahir: 1942 (Murovka, Kawasan Primorye)

  • Biografi: Anak bongsu daripada lima orang anak. Dilatih sebagai operator traktor, navigator kapal, dan mekanik. Berkhidmat dalam tentera. Setelah itu, bekerja sebagai navigator kapal dan kemudiannya dinaik pangkat menjadi kapten. Mendapat gelaran penghormatan sebagai “Pekerja Veteran Kesatuan Soviet”

    Berkahwin dengan Valentina pada 1969. Mereka membesarkan tiga anak lelaki. Valentina memperkenalkan kebenaran Bible kepadanya pada tahun 1990-an. Setelah mempelajari tujuan Tuhan menciptakan bumi, Vasiliy sangat suka mengkaji Bible. Dibaptis sebagai Saksi Yehuwa pada 1996. Isterinya meninggal pada 2016

Sejarah Kes

Pada 21 Mac 2019, para pegawai di bandar Zeya menyerbu rumah Saudara Vasiliy Reznichenko. Mereka merampas komputer riba, telefon bimbit, dan dokumen peribadinya. Sejak itu, namanya tercatat dalam senarai “ekstremis” dan akaun banknya dibekukan. Dia juga dikenakan sekatan perjalanan.

Vasiliy terus bergantung pada sokongan Yehuwa. Dia tetap berfokus dengan mengekalkan rutin rohani yang baik seperti membaca Bible dan ayat harian setiap hari. Dia juga bersyukur kerana kasih sayang yang ditunjukkan oleh rakan seiman.

Dia menjelaskan, “Sehari selepas serbuan dan siasatan itu, saudara saudari dari sidang tempatan melawat saya sedangkan ada antara [rumah mereka] juga digeledah. Dua hari kemudian, beberapa saudara dari bandar berdekatan datang mengunjungi saya. Saya sedar mereka mempertaruhkan kebebasan mereka demi saya. Kunjungan mereka benar-benar menguatkan saya. Ada kalanya air mata saya masih menitis saat mengenang kembali kunjungan itu.” Dia menambah, “Pengalaman-pengalaman sedemikian menguatkan hubungan saya dengan Yehuwa. Saya semakin rapat dengan-Nya.”

Vasiliy mendapat kelegaan dan kekuatan menerusi kata-kata yang tercatat di Ibrani 13:5. Dia menyambung, “Saya bertekad untuk terus mempercayai janji Yehuwa yang berbunyi, ‘Aku sama sekali tidak akan meninggalkan engkau, dan Aku sama sekali tidak akan mengabaikan engkau.’” Kita pasti bahawa Yehuwa akan terus menyokong saudara saudari kita yang dianiaya kerana iman mereka.