14 FEBRUARI 2024
RUSIA
Saudara Vilen Avanesov yang Berumur 71 Tahun Dibebaskan dari Penjara di Rusia
Pada 9 Februari 2024, Saudara Vilen Avanesov telah dibebaskan setelah berada di penjara selama hampir lima tahun. Vilen telah ditangkap pada Mei 2019. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun pada 29 Julai 2021. Tetapi, oleh sebab dia sudah dipenjarakan sebelum perbicaraan, tempoh pemenjaraannya adalah kurang daripada enam tahun. Anak lelakinya, Arsen, juga ditangkap dan dipenjarakan pada masa yang sama. Arsen masih berada di penjara.
Sejurus sebelum Vilen dibebaskan, isterinya Saudari Stella Avanesova kata, “Masa yang paling mencabar bagi kami semua adalah semasa Vilen dipenjarakan buat kali pertama. Dia telah dipenjarakan selama dua tahun setengah. Saya rasa sangat khuatir. Kami tidak dibenarkan untuk berkomunikasi dengan Vilen, bahkan dengan menulis surat. Oleh kerana kedua-dua suami dan anak saya berada di penjara, saya juga berasa risau akan perbelanjaan kami. Saya tidak tahu bagaimana untuk mencari nafkah seorang diri.”
Biarpun Vilen dan Stella menghadapi cabaran ini, mereka sentiasa dapat rasa sokongan daripada Yehuwa. Stella kata, “Vilen beritahu saya bahawa setiap kali dia dibawa ke mahkamah semasa perbicaraan, dia akan lihat saudara saudari yang berkumpul di mahkamah tersebut. Bagi dia, inilah bukti bahawa Yehuwa sedang menjaga dia. Bagi saya, Yehuwa selalu memastikan bahawa saya sentiasa mempunyai apa yang saya perlukan. Saya yakin dengan 100 peratus bahawa Yehuwa sentiasa menyokong semua orang yang percaya kepada-Nya.”
Kita bersukacita kerana Vilen dan Stella bersatu semula. Kita juga akan terus berdoa bagi anak lelaki mereka, Arsen, dan semua saudara saudari yang masih dipenjarakan. Kita yakin bahawa Yehuwa akan terus menjadi cahaya, penyelamat, dan kubu perlindungan bagi semua yang tetap setia kepada-Nya.—Mazmur 27:1.