Lompat ke kandungan

18 FEBRUARI 2020
RUSIA

Saudara Yevgeniy Aksenov Disabitkan Bersalah dan Dikenakan Hukuman Penjara Tertangguh Dua Tahun

Saudara Yevgeniy Aksenov Disabitkan Bersalah dan Dikenakan Hukuman Penjara Tertangguh Dua Tahun

Pada 18 Februari 2020, Mahkamah Daerah Zheleznodorozhniy di Khabarovsk, Rusia, telah mensabitkan Yevgeniy dan menjatuhkan hukuman penjara tertangguh dua tahun. Kemudian, mahkamah mengumumkan bahawa jika Yevgeniy berpindah atau didapati bersalah atas sebab kegiatan jenayah dalam tempoh masa dua tahun ini, dia akan dipenjarakan. Selama enam bulan yang pertama, dia akan diletakkan di bawah pengawasan dan harus pergi ke pihak berkuasa di kawasannya untuk mendaftarkan diri setiap bulan. Sepanjang tempoh pengawasan itu, dia tidak dibenarkan meninggalkan Khabarovsk atau keluar dari rumahnya pada waktu petang. Yevgeniy akan membawa kesnya ke mahkamah rayuan.