12 FEBRUARI 2020
RUSIA
Saudara Yevgeniy Aksenov Menghadap Tuduhan Jenayah kerana Bercakap tentang Prinsip Bible
Mahkamah Daerah Zheleznodorozhniy di Khabarovsk akan mengumumkan keputusan berkenaan kes yang melibatkan Saudara Yevgeniy Aksenov pada Jumaat, 14 Februari 2020. Pendakwa raya menuntut agar saudara kita dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun.
Pada 21 April 2018, Saudara Aksenov telah berkumpul bersama kawan dan kenalan di sebuah bilik mesyuarat sebuah hotel. Di sana, dia berkongsi kepada hadirin tentang bagaimana prinsip Bible dapat menguatkan hubungan keluarga. Disebabkan itu, dia telah dituduh sebagai seorang penjenayah yang membahayakan masyarakat. Dia juga dituduh “mengaturkan aktiviti sebuah organisasi ekstremis.” Perbicaraan bagi kesnya bermula pada 21 Oktober 2019.
Kini perbicaraan bagi kes Saudara Aksenov hampir tamat. Kami ingin terus berdoa agar dia dan keluarganya sentiasa bergantung pada Yehuwa. Semoga mereka yakin akan janji Yehuwa bahawa hamba-Nya yang setia “tidak akan berkekurangan.”—Mazmur 34:9.