15 JULAI 2024
RUSIA
Saudara Yevgeniy Sokolov Disabitkan semasa Perbicaraan Kes Jenayahnya yang Kedua
Pada 29 Mei 2024, Mahkamah Daerah Zeyskiy di Wilayah Amur mensabitkan Saudara Yevgeniy Sokolov dan menjatuhkan hukuman penjara tertangguh selama tiga tahun. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Ini ialah kes jenayah yang kedua yang dibuka terhadap Yevgeniy. Kes yang pertama melibatkan sembilan saudara yang lain dan sedang dibicarakan di bandar Voronezh, iaitu tempat tinggal Yevgeniy.
Yevgeniy sebut tentang apa yang membantu dia untuk tetap tabah. Dia kata, “Saya sedang belajar untuk lebih yakin dan bergantung sepenuhnya pada Yehuwa. Hanya Yehuwa yang paling tahu cara untuk menyelesaikan apa-apa masalah. Cara Dialah yang terbaik dan paling bijak.”
Seperti Yevgeniy, semoga kita terus kata kepada Yehuwa, “Engkaulah pelindungku,” dan yakin bahawa Dia akan sentiasa memberi kita bantuan yang kita perlukan.—Mazmur 142:5.
Garis Masa
15 Disember 2022
Kes jenayah kedua dibuka terhadap Yevgeniy tanpa diketahuinya
22 September 2023
Yevgeniy mendapat tahu tentang kes jenayah kedua yang dibuka terhadapnya. Disoal siasat dan didakwa “mengaturkan dan mengendalikan perjumpaan agama”
22 April 2024
Perbicaraan kes jenayah bermula
29 Mei 2024
Disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara tertangguh tiga tahun