Lompat ke kandungan

Saudara Yevgeniy Spirin di bilik mahkamah

9 JULAI 2020
RUSIA

Saudara Yevgeniy Spirin Menghadapi Hukuman Penjara selama Tujuh Tahun di Rusia

Saudara Yevgeniy Spirin Menghadapi Hukuman Penjara selama Tujuh Tahun di Rusia

Mahkamah Bandar Furmanovsky di Wilayah Ivanovo mungkin mengumumkan keputusannya seawal 14 Julai 2020 untuk kes Saudara Yevgeniy Spirin. Pihak pendakwa telah memohon supaya Saudara Spirin dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun.

Saudara Spirin yang berumur 34 tahun telah dituduh mengaturkan kegiatan organisasi yang “ekstremis.” Pada 21 Januari 2019, salah seorang penyiasat Agensi Keselamatan Persekutuan (FSB) telah membuka kes berkenaan Saudara Spirin. Enam hari kemudian, pegawai FSB telah menggeledah rumah Saudara Spirin dan isterinya Natalya. Mahkamah Daerah Oktyabrsky di Wilayah Ivanovo telah memerintahkan Saudara Spirin ditahan untuk sekurang-kurangnya dua bulan sebelum dibicarakan. Keputusan ini dibuat hanya kerana Saudara Spirin ialah seorang Saksi-Saksi Yehuwa. Sedihnya, tempoh penahanannya telah dilanjutkan.

Pada 5 Julai 2019, Saudara Spirin dibebaskan selepas ditahan selama 160 hari. Namun dia perlu ditahan di rumahnya sendiri. Pada 18 Disember 2019, Mahkamah Daerah Oktyabrsky di Wilayah Ivanovo menyatakan bahawa dia tidak lagi perlu ditahan di rumah. Tiada sekatan lain telah dikenakan terhadapnya.

Kita berdoa agar Bapa kita Yehuwa terus menyertai rakan seiman di Rusia yang dianiaya kerana iman mereka.—1 Petrus 4:14.