Lompat ke kandungan

Saudara Yuriy Savelyev berada di dalam bilik tahanan mahkamah pada 26 Ogos 2020

11 DISEMBER 2020
RUSIA

Saudara Yuriy Savelyev Ditahan Lebih daripada Dua Tahun, dan Mungkin akan Dijatuhkan Hukuman Penjara Lapan Tahun

Saudara Yuriy Savelyev Ditahan Lebih daripada Dua Tahun, dan Mungkin akan Dijatuhkan Hukuman Penjara Lapan Tahun

Keputusan Mahkamah

Pada 16 Disember 2020, a Mahkamah Daerah Leninskiy di Novosibirsk dijadualkan untuk mengumumkan keputusan kes Saudara Yuriy Savelyev. Pihak pendakwa meminta agar Yuriy dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun. Hukuman penjara ini ialah salah satu hukuman yang paling lama bagi saudara saudari kita di Rusia sejak keputusan Mahkamah Agung Rusia pada tahun 2017.

Profil

Yuriy Savelyev

  • Tahun Lahir: 1954 (Krokhalyovka, Kawasan Novosibirsk)

  • Biografi: Ibunya meninggal sewaktu dia masih bayi. Dia dibesarkan oleh kakaknya. Dia bekerja sebagai tukang paip di loji kuasa. Mula berminat tentang hal-hal agama selepas kematian isterinya. Dia mendapati bahawa Bible menjawab soalan-soalannya dengan logik. Dia dibaptis sebagai seorang Saksi-Saksi Yehuwa pada tahun 1996

Sejarah Kes

Pada 8 November 2018, polis telah menyerbu apartmennya dan rumah sembilan orang Saksi di Kawasan Novosibirsk. Yuriy ditahan sebelum dibicarakan.

Yuriy dituduh mengatur kegiatan Saksi-Saksi Yehuwa di bandarnya. Walaupun banyak rayuan dibuat, tempoh penahannya telah dilanjutkan sebanyak sembilan kali. Dia sudah ditahan lebih daripada dua tahun. Sejak keputusan Mahkamah Agung Rusia pada tahun 2017, hanya Saudara Dennis Christensen dan Sergey Klimov yang berada di dalam penjara lebih lama berbanding Saudara Savelyev.

Semasa ucapan penutupannya di mahkamah pada hari Rabu, 9 Disember 2020, Yuriy memberitahu hakim dengan berani, “Saya dituduh bukan kerana melakukan jenayah, tetapi kerana mengikut ajaran Saksi-Saksi Yehuwa.

“Saya hampir berusia 67 tahun. Seumur hidup saya, saya tidak mempunyai musuh dan tidak pernah dituduh melakukan apa-apa jenayah. Saya bertekad untuk tetap neutral dalam hal-hal politik. Maksudnya, saya menentang semua bentuk keganasan, tidak kira dalam bentuk kata-kata, psikologi, atau fizikal.

“Tuhan menghendaki saya untuk menghormati semua orang, tidak kira apa status sosial, bangsa, atau kepercayaan mereka.

“Firman Tuhan juga menggalakkan kita untuk menghormati pihak berkuasa. Roma 13:1-3 menyatakan, ‘Setiap orang harus taat kepada pihak berkuasa, kerana semua kuasa datang daripada Tuhan. Pihak berkuasa yang ada sekarang diberi kedudukan masing-masing menurut aturan Tuhan. Oleh itu, sesiapa yang menentang pihak berkuasa menentang aturan Tuhan.’

“Saya tidak akan menentang pihak berkuasa kerana saya tidak mahu menentang Tuhan. Orang yang menentang Tuhan pasti mati. Saksi-Saksi Yehuwa membantu saya mengenal satu-satunya Tuhan yang benar dan Anak-Nya, Yesus Kristus. Saya bersyukur kerana mereka meyakinkan saya bahawa Bible ialah buku yang istimewa. Buku ini membantu kita dalam semua aspek kehidupan.”

Kita digalakkan kerana iman Yuriy tetap kuat. Kita dapat lihat bahawa Yehuwa tetap memberkatinya dan memberinya kedamaian yang berkekalan.—Yesaya 26:3.

a Mungkin berubah.