Lompat ke kandungan

23 SEPTEMBER 2020
RUSIA

Saudara Yuriy Zalipayev Mungkin Dipenjarakan di Rusia Selama Dua Tahun

Saudara Yuriy Zalipayev Mungkin Dipenjarakan di Rusia Selama Dua Tahun

Keputusan Mahkamah

Pada 7 Oktober 2020, a Mahkamah Daerah Mayskiy di Republik Kabardino-Balkaria dijadualkan untuk mengumumkan keputusan kes Saudara Yuriy Zalipayev. Jika disabit bersalah, dia akan dipenjarakan selama dua tahun.

Profil

Yuriy Zalipayev

  • Tahun Lahir: 1962 (Samara)

  • Biografi: Bekerja sebagai pengimpal logam dan pemandu lori. Suka sajak dan aktiviti kembara

  • Pada tahun 1983, dia berkahwin dengan Natalia, bekas rakan kelasnya. Sepuluh tahun kemudian, mereka mula belajar Bible bersama-sama. Mereka ada tiga orang anak. Semua anak mereka dan beberapa saudara-mara mereka menyembah Yehuwa

Sejarah Kes

Pada 20 Ogos 2016, pihak berkuasa menyerbu Dewan Perjumpaan di Mayskiy dan meletakkan beberapa bahan bacaan kita yang didakwa sebagai “ekstremis” di dalam dewan. Meskipun saudara kita mempunyai rakaman video yang menunjukkan bahawa pihak berkuasa telah meletakkan bahan bacaan itu, mahkamah masih memberikan saman sebanyak 200,000 ruble (RM 10,660) kepada organisasi agama tempatan. Beberapa bulan kemudian, tuduhan kes jenayah dibuat atas Saudara Zalipayev berdasarkan peristiwa ini.

Pihak pendakwa menuduh bahawa Saudara Zalipayev mengedarkan bahan bacaan yang diharamkan dan menggalakkan Saksi-Saksi Yehuwa untuk bertindak ganas terhadap ahli-ahli agama yang lain. Tuduhan ini berdasarkan undang-undang tentang “aktiviti ekstremis” dalam Bahagian 1, Perkara 280, Kanun Jenayah Rusia.

Perbicaraan mahkamah bermula pada 21 Jun 2020. Sepanjang perbicaraan itu, saksi daripada pihak pendakwa sering kali memberikan keterangan yang bercanggah atau mendedahkan bahawa tuduhan mereka tidak berasas. Misalnya, ada beberapa saksi yang menyatakan bahawa mereka mendengar Saudara Zalipayev menghasut orang lain untuk bertindak ganas semasa perjumpaan. Tetapi sebenarnya mereka sendiri tidak hadir di perjumpaan itu. Tambahan lagi, saksi pihak pendakwa mengatakan bahawa bahan bacaan haram yang dijumpai di Dewan Perjumpaan telah diletakkan di situ oleh pihak berkuasa.

Sementara Saudara Zalipayev menunggu keputusan mahkamah, kita berdoa agar dia dan keluarganya mendapat kekuatan dan ketenangan daripada kata-kata Daud: “Ya Yehuwa, Engkaulah kekuatanku dan perisaiku; aku percaya kepada-Mu. Aku menerima bantuan-Mu, dan hatiku bersukacita.”—Mazmur 28:7.

a Mungkin berubah