14 FEBRUARI 2020
RUSIA
Saudara dan Saudari Popov Disabitkan Bersalah dan Didenda oleh Mahkamah Rusia
Pada 14 Februari 2020, Mahkamah Bandar Vilyuchinsk menyatakan bahawa Saudara Mikhail Popov dan isterinya, Saudari Yelena Popova bersalah. Mereka masing-masing juga didenda sebanyak 350,000 ruble ($5,508 dolar) dan 300,000 ruble ($4,722 dolar). Namun, mereka tidak dijatuhkan hukuman penjara. Mereka akan membawa kes mereka kepada mahkamah rayuan.
Mikhail dan Yelena telah ditahan pada Julai 2018. Tidak lama kemudian, mereka dibebaskan dan sedang menantikan kes mereka untuk dibicarakan.
Sejak 2019, mahkamah-mahkamah di Rusia telah menyatakan 28 orang Saksi-Saksi Yehuwa bersalah atas dasar kepercayaan mereka. Hanya dalam dua bulan lalu, 10 orang daripada mereka telah disabitkan bersalah. Tetapi buat masa ini, mereka tidak dipenjarakan.