Lompat ke kandungan

Saudara Vladimir Suvorov dan isterinya, Valentina

15 JUN 2021
RUSIA

Saudara yang Berumur 75 Tahun Tabah Mengharungi Penganiayaan di Chelyabinsk

Saudara yang Berumur 75 Tahun Tabah Mengharungi Penganiayaan di Chelyabinsk

TERKINI | Mahkamah Rusia Menolak Rayuan

Pada 15 Oktober 2021, Mahkamah Wilayah Chelyabinsk menolak rayuan Saudara Suvorov. Hukuman asalnya masih berkuat kuasa. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Pada 1 Julai 2021, Mahkamah Daerah Metallurgichesky di Chelyabinsk mensabitkan Saudara Vladimir Suvorov yang berumur 75 tahun, dan menjatuhkan hukuman penjara tertangguh selama enam tahun atasnya.

Profil

Vladimir Suvorov

  • Tahun Lahir: 1946 (Chelyabinsk)

  • Biografi: Pernah bekerja sebagai jurumesin dan pelakon teater. Juga pernah berkhidmat sebagai timbalan pengarah untuk sebuah Rumah Kebudayaan Soviet. Gemar menggubah lagu dan bermain gitar

    Berkahwin dengan Valentina pada 1973. Dibaptis sebagai seorang Saksi Yehuwa pada 1993. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Igor, yang meninggal kerana kanser pada 2014

Sejarah Kes

Pada 16 Januari 2020, di Chelyabinsk, kertas siasatan dibuka terhadap Saudara Vladimir Suvorov yang berumur 75 tahun. Pihak penyiasat di Chelyabinsk menuduh bahawa Vladimir mengatur kegiatan keagamaan, termasuk menyanyi lagu rohani, berdoa, dan belajar Bible.

Pada Februari 2020, Vladimir mula disoal siasat oleh para pegawai dan pergerakannya juga disekat. Pada 17 Jun 2020, dia dituduh secara rasmi. Vladimir menyatakan bahawa kesusahan yang dialaminya akibat penganiayaan ini adalah antara cubaan yang paling berat dalam hidupnya. Tetapi dia menjelaskan, “Yehuwa, Tuhan kami, tidak pernah meninggalkan kami . . . Hubungan kami dengan-Nya terus menjadi lebih erat. Saya dan Valentina dapat merasai tangan Yehuwa sentiasa menyokong kami. Dia memberi kami galakan, kekuatan, dan kelegaan hati melalui saudara saudari tersayang, termasuk mereka dari sidang lain.”

Pada 11 Mac 2021, Valentina yang berumur 73 tahun, disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara tertangguh dua tahun oleh mahkamah. Kes Vladimir juga sedang dibicarakan oleh mahkamah yang sama. Mereka berdua tetap yakin a bahawa Yehuwa akan terus berada di pihak mereka untuk menyokong mereka.—Mazmur 118:6.

a Lihat temu ramah Saudara dan Saudari Suvorov dalam Berita Terkini Badan Pimpinan 2021 #4 (10:02).