Lompat ke kandungan

Saudari Anna Lokhvitskaya di luar mahkamah pada Oktober 2020

25 FEBRUARI 2021
RUSIA

Saudari Anna Lokhvitskaya Mungkin Disabitkan; Suami dan Ibu Mentuanya Juga Didakwa

Saudari Anna Lokhvitskaya Mungkin Disabitkan; Suami dan Ibu Mentuanya Juga Didakwa

TERKINI | Mahkamah Rusia Menolak Rayuan Saudari Anna Lokhvitskaya

Pada 16 Disember 2021, Mahkamah Wilayah Autonomi Yahudi menolak rayuan Saudari Anna Lokhvitskaya. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Pada 20 Julai 2021, Mahkamah Daerah Birobidzhan di Wilayah Autonomi Yahudi menyatakan Anna bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara tertangguh selama dua tahun setengah atasnya.

Profil

Anna Lokhvitskaya

  • Tahun Lahir: 1993 (Birobidzhan)

  • Biografi: Dibesarkan oleh ibunya, yang mengajarnya untuk mentaati prinsip Bible. Dibaptis pada 2012. Seorang tukang jahit yang mahir. Berkahwin dengan suaminya, Artur, pada 2018. Mereka suka memancing, melancong, dan main bola tampar

Sejarah Kes

Pada 6 Februari 2020, Anna merupakan salah seorang daripada enam orang saudari Kristian yang didakwa oleh pihak berkuasa Rusia di Birobidzhan kerana mengambil bahagian dalam aktiviti “ekstremis.” Sejumlah 19 kes telah difailkan ke atas Saksi-Saksi Yehuwa di wilayah itu, termasuk suami Anna, iaitu Artur, dan ibu mentuanya, Irina.

Pasangan muda ini menghadapi banyak kesusahan sejak kes jenayah itu bermula. Pergerakan mereka disekat, akaun bank mereka dibekukan, dan perkhidmatan awam juga dihadkan. Oleh sebab itu, Anna mengalami keletihan emosi, dan kadangkala memerlukan rawatan perubatan.

Anna mengongsi beberapa perkara yang membantunya. Dia berkata, “Lagu-lagu dari Siaran JW memberi saya ketenangan emosi. Saya rasa tenang dan memiliki pandangan yang seimbang dalam pelbagai situasi. Selain itu, bersenam secara tetap ialah cara yang berkesan untuk membantu saya memikirkan hal yang melegakan hati saya.”

Tambahan pula, Anna menjelaskan bahawa dia dan Artur cuba mengutamakan kepentingan orang lain. Dia menambah, “Kami tetapkan matlamat untuk memberi orang hadiah setiap bulan, biarpun hadiah itu kecil saja. Kami cuba fikirkan keadaan orang lain dan bukan hanya masalah kami.”

Sambil menunggu keputusan mahkamah, Anna memandang keadaannya sebagai ‘peluang yang baik untuk menunjukkan kesetiaan kepada Yehuwa melalui tindakannya.’—Mazmur 18:25.