30 APRIL 2021
RUSIA
Saudari Berumur 73 Tahun yang Kurang Upaya, Bergantung pada Yehuwa untuk Menghadapi Tuduhan
TERKINI | Mahkamah Rusia Menolak Rayuan
Pada 25 Ogos 2021, Mahkamah Kawasan Primorye menolak rayuan Saudari Lyudmila Shut. Hukuman asalnya masih berkuat kuasa. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Pada 19 Mei 2021, Mahkamah Daerah Nadezhdinskiy di Kawasan Primorye mensabitkan Saudari Lyudmila Shut yang berumur 73 tahun. Dia dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama empat tahun.
Profil
Lyudmila Shut
Tahun Lahir: 1947 (Makarov, Pulau Sakhalin)
Biografi: Mula belajar Bible dengan Saksi-Saksi Yehuwa pada awal 2000-an. Sangat kagum dengan nubuat Bible. Dibaptis pada 2003. Suaminya meninggal pada tahun yang sama. Mempunyai tiga anak dan tiga cucu. Penyakit kronik menyebabkannya tidak boleh berjalan tanpa dibantu
Sejarah Kes
Sejak November 2017, pihak berkuasa mulai memantau kegiatan Saksi-Saksi Yehuwa di Razdolnoye. Pada Februari 2020, pihak berkuasa membuka kes jenayah terhadap Saudari Lyudmila Shut. Walaupun dia sudah tua dan mengalami keterbatasan fizikal, dia tetap dikenakan sekatan perjalanan.
Siasatan dan perbicaraan tersebut menyebabkan kesihatan Lyudmila semakin teruk, dan ada kalanya dia rasa tawar hati. Penglihatannya semakin kabur sehingga memerlukan pembedahan. Sekarang dia juga mengalami insomnia. Meskipun demikian, Lyudmila yakin bahawa dengan bergantung dan percaya sepenuhnya kepada Yehuwa, Dia akan melindunginya. Seperti yang dijanjikan di Yesaya 26:3, Yehuwa mengurniainya “kedamaian yang berkekalan.”
Rakan seiman Lyudmila menyayangi dan menyokongnya. Dia amat bersyukur kerana saudara saudarinya berdoa untuknya. Lyudmila berkata, “Saya sama sekali tidak akan melupakan hal ini.”
Anak lelaki dan anak perempuannya yang bongsu bukan Saksi-Saksi Yehuwa. Tapi mereka juga menyokong dia semasa menghadapi saat yang susah ini.
Sambil menunggu keputusan mahkamah, kita berdoa dengan penuh keyakinan bahawa Saudari Shut akan terus “bergantung pada kuasa Tuhan.”—2 Timotius 1:8.