21 OKTOBER 2024
RUSIA
Saudari Nataliya Sharapova Dibebaskan dari Penjara Rusia
Pada 4 Oktober 2024, Saudari Nataliya Sharapova telah dibebaskan dari penjara di Rusia. Dia telah disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun pada 10 Julai 2024. Oleh sebab dia telah ditahan selama kira-kira dua tahun sebelum disabitkan, dia telah memenuhi tempoh hukumannya.
Semasa perbicaraan kes jenayahnya, Nataliya meluahkan kata-kata ini di hadapan mahkamah: “Saya ada ramai saudara saudari yang setia dan mereka terus meyakinkan saya bahawa mereka mengasihi saya. Inilah yang Yesus ajarkan: ‘Jika kamu saling mengasihi, semua orang akan tahu bahawa kamulah murid-muridku.’ (Yohanes 13:35) Selama ini, sifat kasihlah dorongan bagi setiap perbuatan saya dan akan terus menjadi motivasi terbesar saya.”
Kini, Nataliya dan keluarganya dapat bersatu semula. Kita yakin bahawa Yehuwa akan terus menunjukkan ‘kasih setia’ kepada saudari kita dan semua penyembah-Nya yang setia.—Mazmur 59:16, 17.