13 JUN 2024
RUSIA
Saudari Olga Ivanova Dibebaskan dari Penjara di Rusia
Pada 11 Jun 2024, Saudari Olga Ivanova telah dibebaskan dari penjara di bandar Zelenokumsk, Rusia. Pada 25 Oktober 2021, dia telah disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun enam bulan. Sebelum dipenjarakan, dia telah ditahan di rumah selama lebih daripada satu tahun empat bulan. Maka, tempoh hukumannya telah dipenuhi dan dia boleh dibebaskan. Suaminya Yevgeniy turut disabitkan semasa perbicaraan kes jenayah yang sama dan masih sedang menjalani hukuman penjara selama lapan tahun.
Semasa Olga dipenjarakan, dia sering disuruh melakukan kerja yang berat selama 12 jam sehari dan 6 hari seminggu. Dia juga dipindahkan beberapa kali ke penjara yang berbeza di Rusia. Hal ini susah bagi Svetlana, iaitu ibu Olga yang merupakan balu, untuk melawatnya. Svetlana mengongsi bagaimana mereka merasai bantuan Yehuwa. Dia kata, “Setiap kali Olga dipindahkan ke bandar lain, saudara saudari di sana akan menjaganya dengan baik. Mereka akan meluangkan masa untuk melawatnya, dan berbaris berjam-jam untuk menghantar barang keperluan dan makanan kepadanya. Apabila saya dapat membuat perjalanan untuk melawatnya, saudara saudari akan sediakan tempat tinggal bagi saya dan memberikan apa saja bantuan yang saya perlukan. Ini sangat menyentuh hati saya.”
Kita berterima kasih kepada Yehuwa kerana Dia terus menjaga Olga semasa dia dipenjarakan. Kita bersukacita atas pembebasannya dan terus berdoa untuk suaminya dan saudara saudari lain yang masih dipenjarakan. Kita yakin Yehuwa akan terus menunjukkan kasih setia-Nya kepada mereka.—Kejadian 39:21.