Lompat ke kandungan

Saudari Yelena Reyno-Chernyshova

28 JANUARI 2021
RUSIA

Saudari Yelena Reyno-Chernyshova Dituduh kerana Imannya

Saudari Yelena Reyno-Chernyshova Dituduh kerana Imannya

Keputusan Mahkamah

Pada 29 Januari 2021, a Mahkamah Daerah Birobidzhan di Wilayah Autonomi Yahudi dijadualkan untuk mengumumkan keputusannya dalam kes yang melibatkan Saudari Yelena Reyno-Chernyshova. Pihak pendakwa belum mencadangkan hukuman yang mungkin dikenakan.

Profil

Yelena Reyno-Chernyshova

  • Tahun Lahir: 1968 (Maloy, Wilayah Irkutsk)

  • Biografi: Belajar Bible dengan Saksi-Saksi Yehuwa pada tahun 1990-an. Kebenaran Bible menggerakkannya untuk berhenti khidmat tentera dan berusaha untuk memperbaik perkahwinannya. Dibaptis pada 1998

  • Walaupun suaminya bukan seorang Saksi, dia menyokong pilihannya untuk menyembah Yehuwa. Yelena minat main bola sepak dan bola tampar

Sejarah Kes

Pada 29 September 2019, pihak berkuasa di Birobidzhan memfailkan tuduhan jenayah ke atas Saudari Yelena Reyno-Chernyshova.

Rumah Yelena telah diserbu oleh para pegawai Agensi Keselamatan Persekutuan (FSB). Walaupun mereka kelihatan menakutkan, Yelena menjelaskan bahawa Yehuwa membantunya berasa tenteram. Dia mengenang kembali, “Berulang kali saya berdoa kepada Yehuwa untuk bantu saya tetap tenang dan berani, memelihara kehormatan diri, dan setia kepada-Nya. Serbuan itu dilakukan dengan tenang dan semua orang bertindak dengan sopan.”

Yelena dan keluarganya terkesan dengan cubaan itu. Suaminya diserang sakit jantung (kali ketiga) pada Julai 2020. Pihak berkuasa melarangnya untuk keluar dari Birobidzhan. Mereka juga membekukan akaun banknya.

Yelena mendapat kekuatan dengan memikirkan bagaimana penyembah Yehuwa menghadapi penganiayaan. Dia berkata, “Saya suka baca pengalaman saudara saudari yang berdepan dengan situasi seperti rumah mereka dibongkar dan iman mereka terhadap Yehuwa diuji. Mereka mengalami banyak kesusahan dan dilayan dengan tidak adil. Tetapi mereka masih tabah mengharungi segalanya.” Dia juga mendapat manfaat dengan mengekalkan rutin membaca dan merenungkan Bible.

Yelena terus bertabah dan merenungkan ayat di Yesaya 30:15. Sebahagian ayat itu berbunyi, “Jika kamu bertenang dan percaya kepada-Ku, kamu akan dikuatkan.” Dia menjelaskan, “Saya selalu ingat ayat itu. Kata-kata tidak dapat mengungkapkan betapa bersyukurnya saya kepada Yehuwa kerana Dia telah membuka peluang bagi saya menghampiri-Nya! . . . Hati saya sentiasa rasa tenteram. Sekarang saya lebih yakin dan bergantung sepenuhnya kepada [Yehuwa] dalam segala hal. Saya pasti Dia sama sekali tidak akan meninggalkan saya.”

a Tertakluk kepada perubahan.