Lompat ke kandungan

Saudari Valentina Suvorova dengan suaminya, Vladimir

9 MAC 2021
RUSIA

Saudari yang Berusia 73 Tahun Menghadapi Dakwaan Jenayah kerana Kepercayaannya

Saudari yang Berusia 73 Tahun Menghadapi Dakwaan Jenayah kerana Kepercayaannya

Keputusan Mahkamah

Tidak lama lagi, Mahkamah Daerah Metallurgichesky di Chelyabinsk akan mengumumkan keputusan berkenaan kes Saudari Valentina Suvorova. a Pihak pendakwa belum mencadangkan hukuman yang mungkin dikenakan bagi kes ini.

Profil

Valentina Suvorova

  • Tahun Lahir: 1948 (Sorovskoye, Wilayah Kurgan)

  • Biografi: Bersara selepas 30 tahun mengajar di Sekolah Muzik Chelyabinsk. Suka berkebun, menari, dan mendengar muzik

    Berkahwin dengan Vladimir pada 1973. Anak mereka, Igor, meninggal kerana kanser beberapa tahun yang lalu. Baru-baru ini, ibu dan saudara kandung Valentina juga meninggal

Sejarah Kes

Pada 26 Mac 2019, pegawai penguat kuasa bersenjata lengkap menyerbu lebih daripada 20 buah rumah saudara saudari kita di Chelyabinsk dan Yemanzhelinsk. Selepas siasatan yang panjang dijalankan, Valentina, yang kini berumur 73 tahun, didakwa pada 5 Disember 2019. Dia dituduh melakukan jenayah kerana membaca Bible dan berkongsi kepercayaannya kepada orang lain. Sekarang dia dikenakan sekatan perjalanan. Vladimir juga menghadapi tuduhan jenayah kerana imannya.

Valentina mengingat kembali waktu pegawai bersenjata menyerbu rumah ketika mereka sedang tidur. Dia berkata, “Kami tidak dibenarkan untuk bersihkan diri, sikat rambut atau tukar pakaian yang lebih sopan. Semua barang dibongkar dan setiap tempat digeladah dengan teliti. Mereka cari setiap almari, kabinet, peti barang kemas, dompet, kocek . . . periuk, langsir, dan tempat tidur. Mereka periksa segala-galanya.”

Disebabkan usia tua dan kesihatan yang kurang baik, Valentina risau bahawa kesihatannya akan lebih terjejas oleh penganiayaan itu.

Tetapi Valentina menjelaskan bahawa rutinnya yang tetap untuk buat pembelajaran Bible peribadi telah menguatkannya secara rohani. Dia kata, “Membaca ayat harian, merenungkan dan menerapkannya, memang bantu saya menangani semua cabaran ini.”

Valentina kata bahawa persiapan untuk perjumpaan dan menghadirinya, pembelajaran peribadi, dan penyembahan keluarga ialah kunci untuk bertabah dalam keadaan yang tertekan. Dia menjelaskan, “Saya cuba terapkan sesuatu yang baharu pada setiap perjumpaan.” Valentina juga kata bahawa berdoa dengan ikhlas telah memberinya banyak kelegaan hati. Dia menambah, “Saya selalu bersyukur kepada Tuhan kerana membantu saya.”

Selain itu, Valentina terus mengingatkan diri sendiri dan orang lain tentang hal ini: “Tiada asalan untuk takut akan apa-apa yang berlaku. Tetap bertabah dan berteguh hati. Selalu ingat kata-kata di Matius 6:33 dan 2 Korintus 1:3, 4.”

Jelaslah bahawa saudara saudari kita di Rusia, termasuk Valentina dan Vladimir, membuktikan kebenaran ayat di Mazmur 64:10, yang berbunyi, “Orang yang baik akan berlindung kepada Yehuwa dan bersukacita kerana Dia; semua orang yang tulus hati akan berasa bangga kerana Tuhan.”

a Tarikh keputusan mahkamah belum diumumkan.