18 OKTOBER 2022
RUSIA
“Saya Bangga untuk Menyandang Nama Yehuwa”
Pada 10 Oktober 2022, Mahkamah Daerah Kezhemskiy di Kawasan Krasnoyarsk menyatakan Saudara Ildar Urazbakhtin bersalah. Dia dijatuhkan hukuman penjara tertangguh enam tahun. Jadi, dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Garis Masa
20 Julai 2021
Sekurang-kurangnya lima rumah Saksi-Saksi Yehuwa digeledah di bandar Kodinsk, termasuk rumah Ildar dan keluarganya. Dia ditahan sementara
21 Julai 2021
Dibebaskan dan ditahan di rumah. Dilarang untuk guna telefon atau Internet
20 September 2021
Dibebaskan dari tahanan rumah dan dikenakan sekatan perjalanan
13 Januari 2022
Didakwa mengadakan persidangan video yang “menggalakkan pembelajaran Bible secara mendalam serta menggalakkan saudara saudari untuk sokong satu sama lain”
30 Mac 2022
Perbicaraan mahkamah bermula
Profil
Pengalaman Ildar serta saudara saudari lain di Rusia mengingatkan kita bahawa Yehuwa, Tuhan kita, ingin dan bersedia untuk membantu kita “pada masa kesusahan.”—Mazmur 46:1.