Lompat ke kandungan

Saudara Aleksandr Kalistratov

20 FEBRUARI 2023
RUSIA

“Saya Rasa Selamat kerana Yehuwa Sentiasa Bersama Saya”

“Saya Rasa Selamat kerana Yehuwa Sentiasa Bersama Saya”

Pada 17 Februari 2023, Mahkamah Bandar Gorno-Altayskiy di Republik Altai mensabitkan Saudara Aleksandr Kalistratov. Dia dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama enam tahun setengah. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Profil

Kita yakin bahawa Yehuwa akan terus mendengar seruan hamba-hamba-Nya yang dilanda kesusahan.—2 Samuel 22:7.

Garis Masa

  1. 2000

    Ditahan kerana enggan menyertai khidmat tentera. Dipenjarakan selama 21 hari di pusat tahanan sebelum perbicaraan. Dia kemudiannya dibebaskan daripada semua tuduhan jenayah

  2. 2010

    Didakwa terlibat dalam kegiatan ekstremis. Kesnya dibicarakan dua kali dan kemudiannya dibawa ke Mahkamah Agung Republik Altai. Mahkamah Agung membebaskannya daripada semua tuduhan jenayah

  3. 16 Disember 2021

    Kes jenayah dibuka

  4. 16 Januari 2022

    Pihak berkuasa menggeledah lima rumah Saksi-Saksi Yehuwa di Republik Altai. Pegawai FSB menyerbu rumah Aleksandr dan membawanya untuk disoal siasat. Dia dibebaskan pada petang itu dan dikenakan sekatan perjalanan

  5. 25 Ogos 2022

    Perbicaraan kes jenayah bermula