2 DISEMBER 2022
RUSIA
“Saya Sedang Melakukan Sesuatu yang Sangat Penting”
Mahkamah Daerah Leninskiy di Tambov akan mengumumkan keputusan mengenai kes yang melibatkan Saudara Oleg Sirotkin. Pendakwa raya masih belum menuntut hukuman yang mahu dikenakan atasnya.
Profil
Saudara Oleg menunjukkan iman yang kuat terhadap Yehuwa. Teladannya membuktikan bahawa seorang yang setia “tidak takut menerima berita buruk. Hatinya teguh kerana dia percaya kepada Yehuwa.”—Mazmur 112:7.
Garis Masa
Mac 2021
Pihak berkuasa mengawasi Oleg secara rahsia melalui perakam audio yang disembunyikan di ruang tamu rumahnya. Mereka juga memantau apa yang dilakukannya dalam komputer
14 September 2021
Kes jenayah telah dibuka
21 September 2021
Rumahnya digeledah. Komputer dan rekod peribadi dirampas dan diserahkan sebagai bukti
22 Oktober 2021
Keretanya disita
11 April 2022
Perbicaraan kes jenayah bermula