25 JANUARI 2021
RUSIA
Semasa Suaminya Ditahan, Saudari Galina Parkova Menunggu Hukuman kerana Imannya
Keputusan Mahkamah
Mahkamah Daerah Leninskiy di Rostov-on-Don dijadualkan untuk mengumumkan keputusannya tidak lama lagi dalam kes yang melibatkan Saudari Galina Parkova. a Jika dia didapati bersalah, pihak pendakwa telah minta mahkamah untuk menjatuhkan hukuman penjara tertangguh selama tiga tahun.
Profil
Galina Parkova
Tahun Lahir: 1970 (Kaltan)
Biografi: Pada 1990, Galina berkahwin dengan Aleksandr. Mereka mempunyai tiga anak perempuan dan dua cucu. Mereka belajar Bible dengan Saksi-Saksi Yehuwa. Galina dibaptis pada 1995. Dia suka menyanyi dan melukis
Sejarah Kes
Pihak berkuasa membuka kes jenayah terhadap Galina pada 6 Jun 2019. Beberapa minggu sebelum itu, suaminya, Aleksandr, ditangkap dan ditahan sebelum perbicaraan.
Semasa suaminya dikurung, memang mencabar untuk Galina mendapat wang yang cukup bagi keperluan harian. Tambahan pula, pihak berkuasa telah menyekat kad bank Galina. Jadi, dia tidak dapat mengeluarkan wang, termasuk gajinya. Oleh itu, dia terpaksa berhenti kerja dengan majikan sebelumnya. Kini dia melakukan pelbagai kerja yang dibayar dengan tunai untuk menyara kehidupan.
Saudara saudari kita di Rusia merupakan “orang baik [yang] diperlakukan seperti orang jahat.” (Pengkhutbah 8:14) Tetapi, teladan mereka menguatkan kita untuk tetap berteguh tidak kira apa jua cabaran yang melanda kita.
a Tarikh keputusan mahkamah belum diumumkan.