Lompat ke kandungan

1 APRIL 2019
RUSIA

Seorang Lagi Saksi-Saksi Yehuwa Disabitkan Bersalah di Rusia

Seorang Lagi Saksi-Saksi Yehuwa Disabitkan Bersalah di Rusia

Pada 1 April 2019, mahkamah Rusia mendapati bahawa Saudara Sergey Skrynnikov, 56 tahun, bersalah kerana dia ialah seorang Saksi-Saksi Yehuwa. Sebelum ini, mahkamah itu juga telah menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun terhadap Saudara Dennis Christensen. Mahkamah itu telah mengenakan denda sebanyak RUB 350,000 (kira-kira RM22,000) kepada Saudara Skrynnikov. Walaupun pihak pendakwa raya menuntut hukuman penjara selama tiga tahun, dia tidak dipenjarakan.

Saudara Skrynnikov dan isterinya, Nina, mempunyai seorang anak perempuan dan lima orang cucu. Mereka menjaga lima orang cucu itu dan ibu bapa Nina yang sudah lanjut usia.

Di mahkamah, Saudara Skrynnikov mempertahankan kepercayaannya dalam cara yang hormat dan meyakinkan. Sebahagian daripada kata-katanya adalah seperti berikut: “Jika anda lihat situasi ini dari sudut pandangan orang yang tidak beriman kepada Tuhan, anda pasti putus harapan. . . . Tetapi sebagai seorang Saksi Yehuwa, saya melihatnya dari sudut pandangan orang yang beriman. Jika Tuhan membenarkan saya dipenjarakan selama tiga tahun, saya tidak menganggapnya sebagai hukuman tetapi sebagai tugasan istimewa untuk menginjil di tempat baharu! Jadi, saya tidak putus asa. . . . Tuhan masih dapat bantu kita sama ada kita bebas atau dalam penjara. Maka, kita tidak keseorangan. Dia bersama kita di mana-mana saja, selagi kita tetap setia kepada-Nya.”

Kita sangat digalakkan kerana saudara saudari kita memiliki iman yang begitu teguh, seperti Saudara Skrynnikov. Semasa kita memikirkan cubaan teruk yang dihadapi mereka, kita ingin mencontohi Rasul Paulus yang berkata, “Semoga Tuhan yang memberi kamu harapan, mengurniai kamu sukacita dan kedamaian yang melimpah kerana kamu percaya kepada-Nya, supaya dengan kuasa suci Tuhan, harapan kamu bertambah kukuh.”—Roma 15:13.