Lompat ke kandungan

Baris atas, kiri ke kanan: Nina Astvatsaturova, Yelena Barmakina, dan Ludviga Katanaeva

Baris bawah, kiri ke kanan: Igor Lonchakov, Yuriy Redozubov, Yekaterina Treguba, dan Yelena Tsorn

25 JULAI 2023
RUSIA

Sikap yang Positif dan Doa Meneguhkan Para Saksi di Vladivostok

Sikap yang Positif dan Doa Meneguhkan Para Saksi di Vladivostok

Mahkamah Daerah Pervorechenskiy di Vladivostok akan mengumumkan keputusan kes Saudari Nina Astvatsaturova, Yelena Barmakina, Ludviga Katanaeva, Yekaterina Treguba, dan Yelena Tsorn, serta Saudara Igor Lonchakov dan Yuriy Redozubov. Pendakwa raya belum mengemukakan hukuman yang mungkin dikenakan.

Profil

Kita amat dilegakan kerana mengetahui bahawa Yehuwa menjaga dan memberkati umat-Nya yang setia dan “berkenan kepada mereka.”—Mazmur 5:12.

Garis Masa

  1. 6 Ogos 2019

    Yelena Barmakina didakwa melakukan jenayah

  2. 8 Jun 2020

    Kes jenayah dibuka terhadap Nina, Ludviga, dan Yelena Tsorn

  3. 17 Jun 2020

    Perbicaraan kes jenayah Yelena Barmakina bermula

  4. 9 Julai 2020

    Rumah Nina, Ludviga, Yelena Tsorn, dan Yuriy telah digeledah. Yuriy dibawa untuk disoal siasat. Nina, Ludviga, dan Yelena Tsorn dikenakan sekatan perjalanan

  5. 4 September 2020

    Igor didakwa melakukan jenayah

  6. 8 September 2020

    Yekaterina didakwa melakukan jenayah

  7. 29 September 2020

    Kes terhadap Yelena Barmakina dikembalikan kepada pendakwa raya kerana kekurangan bukti yang menunjukkan penglibatannya dalam kegiatan ekstremis

  8. 11 Ogos 2021

    Yuriy didakwa melakukan jenayah. Kes terhadap Yelena Barmakina dibuka semula, dan semua kes digabungkan menjadi satu

  9. 28 September 2022

    Perbicaraan kes jenayah bermula

a b Komen peribadi Saudari Astvatsaturova dan Katanaeva tidak dapat diperoleh.