Lompat ke kandungan

Saudari Anna Safronova

28 JANUARI 2022
RUSIA

TERKINI | Anna Safronova Dijatuhkan Hukuman Penjara Koloni Enam Tahun

Hukuman Paling Berat dan Lama atas Seorang Saudari sejak Pengharaman 2017

TERKINI | Anna Safronova Dijatuhkan Hukuman Penjara Koloni Enam Tahun

Pada 14 April 2022, Mahkamah Wilayah Astrakhan menolak rayuan Saudari Anna Safronova. Dia tetap dipenjarakan.

Pada 25 Januari 2022, Mahkamah Daerah Trusovskiy di Wilayah Astrakhan mensabitkan Anna yang berumur 56 tahun. Dia dijatuhkan hukuman enam tahun di penjara koloni. Dia terus dibawa ke penjara.

Garis Masa

  1. 28 Mei 2021

    Kes jenayah bermula

  2. 2 Jun 2021

    Pihak berkuasa membongkar rumah yang dia tinggal bersama ibunya (81 tahun). Anna ditempatkan di pusat tahanan

  3. 3 Jun 2021

    Dibebaskan dari situ dan ditahan di rumah. Tidak dibenarkan keluar dari rumah kecuali untuk berjalan selama sejam dari 9:00 pagi hingga 10:00 pagi

  4. 10 Jun 2021

    Namanya dimasukkan dalam senarai ekstremis dan semua akaun banknya dibekukan

  5. 24 Januari 2022

    Dalam komen penutupannya di mahkamah, dia kata, “Yesus ajar pengikutnya di Matius 5:44 untuk ‘mengasihi musuhmu dan berdoa bagi orang yang menganiaya kamu.’ Mengapa? Kerana ramai penganiaya yang akhirnya jadi penyembah Yehuwa.”

    “Saya benar-benar harap sekurang-kurangnya seorang pegawai FSB, penyiasat, pengawal keselamatan, peguam, atau orang lain yang dengar saya dan nampak kelakuan saya akan ubah sikap terhadap Saksi-Saksi Yehuwa . . . Mungkin sekurang-kurangnya seorang akan ingin baca Bible, cari jawapan, pupuk keinginan untuk kenal Tuhan, atau bahkan jadi penyembah-Nya.”

  6. 25 Januari 2022

    Disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara enam tahun

Profil

Kita digalakkan oleh contoh setia saudara saudari di Rusia dan Crimea seraya kita bergantung pada Bapa yang di syurga untuk bantu kita bertabah.—2 Tesalonika 1:4.

a Temu ramah dijalankan sebelum dia dijatuhkan hukuman penjara.