25 MAC 2021
RUSIA
TERKINI | Biarpun Saudara Sergey Melnikov Ditahan, Dia Tetap Beriman kerana “Kuasa Luar Biasa” daripada Yehuwa
Pada 12 Mei 2022, Mahkamah Daerah Kawasan Primorye menolak rayuan Saudara Sergey Melnikov. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Pada 3 Februari 2022, Mahkamah Daerah Ussuriyskiy di Kawasan Primorye mensabitkan Sergey. Dia dijatuhkan hukuman penjara tertangguh tiga tahun.
Profil
Sergey Melnikov
Tahun Lahir: 1973 (Terney, Kawasan Primorye)
Biografi: Pernah bekerja sebagai tukang kayu, ahli bomba, nelayan, dan pegawai pembersihan. Gemar main hoki dan bola tampar semasa muda. Mula belajar Bible dengan Saksi-Saksi Yehuwa pada awal tahun 2000-an. Berpindah ke Ussuriysk pada 2003 dan kemudiannya dibaptis pada tahun yang sama
Sejarah Kes
Saudara Sergey Melnikov dituduh pada Jun 2019. Dia ditangkap semasa membincangkan Bible dengan seorang lelaki yang berminat. Rumahnya juga dibongkar, dan komputer riba serta telefon bimbitnya dirampas.
Sergey berada di penahanan sebelum perbicaraan selama empat bulan. Selepas itu, dia ditahan di rumah selama 145 hari. Ada saatnya Sergey rasa tidak berdaya untuk bertabah. Pada detik sedemikian, dia mengingat kembali kata-kata di 1 Korintus 10:13 dan serta-merta digalakkan. Dia menjelaskan, “Saya sedar bahawa jika Yehuwa mengizinkan saya diuji dengan cara begini, maksudnya saya boleh menghadapinya.” Dia menyambung, “Yehuwa telah memberi saya ‘kuasa luar biasa.’”—2 Korintus 4:7.
Pada 25 Februari 2020, Sergey dibebaskan dari tahanan rumah. Namun, sekatan perjalanan masih dikenakan.
Sambil kita menunggu keputusan mahkamah, kita yakin seperti mana yang dilakukan Yehuwa selama ini, Dia akan terus ‘membantu dan menjadi perisai’ kepada Sergey dan semua saudara saudari kita di Rusia.—Mazmur 115:11.