27 DISEMBER 2022| DIKEMASKINIKAN: 27 MAC 2023
RUSIA
TERKINI—DENDA DIKENAKAN | “Apabila Kita Menghadapi Cabaran, Yehuwa Akan Menguatkan Kita”
Pada 23 Mac 2023, Mahkamah Bandar Apatity di Wilayah Murmansk mensabitkan Saudara Denis Merkulov. Dia dikenakan denda sebanyak 500,000 ruble (6,485 dolar Amerika).
Profil
Tidak kira apa cabaran yang kita hadapi, iman yang kuat terhadap Yehuwa dan hubungan yang baik dengan-Nya akan bantu kita tetap bertabah. Kita sangat dilegakan untuk tahu bahawa Yehuwa akan terus ‘menguatkan dan meneguhkan kita.’—1 Petrus 5:10.
Garis Masa
21 Julai 2021
Para pegawai menggeledah 14 buah rumah Saksi-Saksi Yehuwa di sekitar Apatity. Pegawai FSB menyerbu apartmen pasangan Merkulov, dan mereka telah ditahan untuk disoal siasat. Pada keesokan harinya, mereka telah dibebaskan pada jam 4:00 pagi
22 Julai 2021
Para pegawai menyuruh Denis untuk kembali ke pejabat penyiasat. Kemudian dia dibawa ke pusat tahanan sementara
23 Julai 2021
Dibebaskan dan ditahan di rumah sendiri
17 September 2021
Denis tidak lagi perlu ditahan di rumah sendiri tetapi dikenakan sekatan perjalanan
15 Julai 2022
Didakwa mengaturkan aktiviti sebuah organisasi ekstremis kerana “menyanyikan lagu” dan “berdoa kepada Tuhan Yehuwa”
20 September 2022
Perbicaraan kes jenayah bermula