Lompat ke kandungan

Dari kiri ke kanan: Saudara Maksim Amosov, Mikhail Gordeev, Nikolay Leshchenko, dan Dmitriy Ravnushkin

21 FEBRUARI 2022 | DIKEMASKINIKAN: 31 JULAI 2023
RUSIA

TERKINI—DENDA DIKENAKAN | Iman Para Saudara Dikuatkan oleh Rakan Seiman

TERKINI—DENDA DIKENAKAN | Iman Para Saudara Dikuatkan oleh Rakan Seiman

Pada 28 Julai 2023, Mahkamah Bandar Petrozavodsk di Republik Karelia mensabitkan Saudara Maksim Amosov, Mikhail Gordeev, Nikolay Leshchenko, dan Dmitriy Ravnushkin. Mahkamah mengenakan denda berjumlah antara 450,000 ruble (4,909 dolar Amerika) hingga 500,000 ruble (5,455 dolar Amerika).

Garis Masa

  1. 31 Julai 2019

    Para pegawai FSB menggeledah rumah dan tempat kerja 16 Saksi Yehuwa

  2. 2 Ogos 2019

    Penyiasat tidak benarkan Maksim untuk tinggalkan negara. Pihak penguasa mula siasatan ke atas Nikolay dan arahkan dia tidak tinggalkan kawasan itu

  3. 6 Ogos 2019

    Penyiasat dakwa Maksim dan Nikolay atas “jenayah” mempelajari Bible

  4. 5 September 2019

    Para pegawai FSB menahan Mikhail di tempat kerjanya dan merampas komputernya. Penyiasat mula siasatan ke atas Mikhail

  5. 20 September 2019

    Pegawai FSB membongkar tempat kerja Dmitriy dan mengambil telefon bimbitnya. Dmitriy disoal siasat selama empat jam, kes jenayah dimulakan, dan dia tidak dibenarkan untuk tinggalkan kawasan itu

  6. 18 Oktober 2021

    Kes mahkamah bermula

Profil

Hati kita dipenuhi sukacita kerana saudara saudari kita di Rusia tetap berjalan mengikut kebenaran meskipun dianiaya.—3 Yohanes 4.

a b Tidak dapat ditemu ramah.