Lompat ke kandungan

Kiri ke kanan: Saudara Oleg Konshin, Saudara Sergey Malyanov, dan Saudari Svetlana Malyanova

28 NOVEMBER 2022 | DIKEMASKINIKAN: 27 APRIL 2023
RUSIA

TERKINI—DENDA DIKENAKAN | Mengatasi Kekhuatiran dengan Bergantung pada Yehuwa

TERKINI—DENDA DIKENAKAN | Mengatasi Kekhuatiran dengan Bergantung pada Yehuwa

Pada 26 April 2023, Mahkamah Daerah Leninskiy di Nizhny Novgorod mensabitkan Saudara Oleg Konshin, Sergey Malyanov, dan Roman Zhivolupov, a dan Saudari Svetlana Malyanova, iaitu anak perempuan Sergey. Mahkamah mengenakan denda berjumlah antara  450,000 ruble (5,494 dolar Amerika) hingga 700,000 ruble (8,546 dolar Amerika).

Profil

Saudara dan saudari kita yang tetap setia biarpun dianiaya membuktikan bahawa orang yang ‘berharap kepada Yehuwa’ akan ‘menjadi berani dan kental hati.’—Mazmur 27:14.

Garis Masa

  1. 7 Februari 2019

    Hakim mengarahkan pihak polis untuk memantau Sergey setiap kali dia membuat panggilan telefon atau menggunakan alat elektronik lain untuk menghubungi orang

  2. 16-17 Julai 2019

    Polis menggeledah rumah 31 keluarga Saksi-Saksi Yehuwa di Nizhny Novgorod dan di Wilayah Nizhny Novgorod. Oleg, Sergey, dan Svetlana telah ditangkap dan dibawa ke pusat tahanan sementara. Kes jenayah difailkan terhadap mereka

  3. 18 Julai 2019

    Oleg, Sergey, dan Svetlana dibebaskan daripada pusat tahanan. Mahkamah mengeluarkan perintah agar Oleg dan Sergey tidak dibenarkan keluar dari rumah pada masa tertentu, dan dilarang menghubungi satu sama lain, atau menggunakan Internet.

  4. 24 Ogos 2021

    Roman didakwa menyertai kegiatan organisasi ekstremis dan dikenakan sekatan perjalanan

  5. 3 Mac 2022

    Perbicaraan bermula

a b Kami tidak mempunyai gambar Saudara Roman Zhivolupov semasa rencana ini diterbitkan.