Lompat ke kandungan

Saudara Anatoliy Gorbunov dan isterinya, Galina

5 OGOS 2021
RUSIA

TERKINI | Doa yang Berterusan Bantu Saudara Anatoliy Gorbunov Tetap Sukacita

TERKINI | Doa yang Berterusan Bantu Saudara Anatoliy Gorbunov Tetap Sukacita

Pada 21 Jun 2022, Mahkamah Kawasan Krasnoyarsk menolak rayuan Saudara Anatoliy Gorbunov dan menyokong keputusan hukuman yang dikenakan terhadapnya. Sebelum ini, dia di pusat tahanan sebelum dibicarakan. Selepas ini, dia akan dimasukkan ke penjara.

Pada 2 Februari 2022, Mahkamah Daerah Oktyabr’skiy di Bandar Krasnoyarsk mensabitkan Saudara Anatoliy Gorbunov dan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun. Dia dibawa ke penjara dengan serta-merta.

Garis Masa

  1. 9 Februari 2021

    Perbicaraan mahkamah Anatoliy bermula

  2. 15 September 2020

    Rumah Anatoliy digeledah buat kali kedua. Pihak berkuasa merampas kunci rumahnya

  3. 25 Mac 2020

    Kes jenayah ke atas Anatoliy bermula. Dia dituduh mengatur perjumpaan agama untuk organisasi yang diharamkan

  4. 7 November 2018

    Apartmen Anatoliy digeledah pada awal pagi. Pihak berkuasa merampas komputer riba, tablet, pemacu USB, pemacu keras, dan dua telefon bimbit. Anatoliy dibawa ke Jawatankuasa Penyiasatan Persekutuan Rusia untuk disoal siasat dan dibebaskan selepas sejam

Profil

Seraya Anatoliy dan keluarganya terus percaya kepada Yehuwa dengan berpaling kepada-Nya menerusi doa, kita yakin bahawa Dia akan sokong mereka dan bantu mereka kekalkan sukacita.—Mazmur 25:1, 2.