20 DISEMBER 2021
RUSIA
TERKINI | Empat Saudara Menunggu Keputusan Perbicaraan selepas Serbuan di Kawasan Trans-Baikal
Pada 20 September 2022, Mahkamah Kawasan Trans-Baikal menolak rayuan Saudara Vladimir Ermolaev, Sergey Kirilyuk, Igor Mamalimov, dan Aleksandr Putintsev. Vladimir, Igor, dan Aleksandr tetap dipenjarakan. Sergey pula tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Pada 6 Jun 2022, Mahkamah Daerah Pusat di Chita mensabitkan Vladimir, Sergey, Igor, dan Aleksandr. Sergey dijatuhkan hukuman penjara tertangguh enam tahun. Vladimir, Igor, dan Aleksandr masing-masing dijatuhkan hukuman penjara enam tahun setengah. Hukuman mereka berkuat kuasa dengan serta-merta.
Garis Masa
16 Mac 2021
Perbicaraan mahkamah bermula
2 Februari 2021
Vladimir, Sergey, Igor, dan Aleksandr telah didakwa secara rasmi kerana mengaturkan aktiviti organisasi agama yang dilarang
3 April 2020
Vladimir dibebaskan daripada ditahan di rumah
15 Februari 2020
Sergey dibebaskan selepas ditahan selama lima hari
12 Februari 2020
Igor dan Aleksandr dibebaskan daripada tahanan. Tempoh masa Sergey ditahan pula telah dilanjutkan selama 72 jam. Vladimir ditahan di rumahnya untuk 52 hari
10 Februari 2020
Pegawai FSB menggeledah 50 buah rumah Saksi-Saksi Yehuwa di Kawasan Trans-Baikal. Serbuan yang dilakukan secara besar-besaran itu juga termasuk rumah Saksi-Saksi yang tua dan yang kurang upaya. Seorang Saksi yang di bawah umur telah dipukul di hadapan ibunya dan adik perempuannya. Seorang lagi saudara telah diseksa. Pada akhir serbuan itu, mereka telah menahan 10 orang saudara termasuk Igor, Aleksandr, Sergey, dan Vladimir
Profil
Seperti Daniel dan tiga sahabatnya, rakan seiman kita telah ‘bertekad dalam hati’ mereka untuk tetap setia kepada Yehuwa walaupun menghadapi tekanan daripada pihak berkuasa. (Daniel 1:8) Marilah kita meniru teladan mereka.