10 MEI 2022
RUSIA
TERKINI | Galina Abrosimova Mengatasi Rasa Takutnya
Pada 11 Ogos 2022, Mahkamah Wilayah Nizhny Novgorod menolak rayuan Saudari Galina Abrosimova. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Pada 6 Mei 2022, Mahkamah Daerah Sovietskiy di Nizhny Novgorod mensabitkan Galina dan menjatuhkan hukuman penjara tertangguh selama enam tahun atasnya.
Garis Masa
4 Jun 2019
Para penyiasat membuka kes terhadap sebilangan Saksi-Saksi Yehuwa di Wilayah Nizhny Novgorod. Mereka didakwa mengadakan perjumpaan, mengumpulkan sumbangan, dan menggalakkan orang untuk menyertai organisasi agama yang diharamkan
17 Julai 2019
Pihak berkuasa menyerbu dan menggeledah rumah 35 keluarga Saksi-Saksi Yehuwa. Galina ditangkap dan dimasukkan ke dalam pusat tahanan sementara selama dua hari
19 Oktober 2021
Perbicaraan kes Galina bermula
Profil
Kita yakin Yehuwa akan terus memberi saudara saudari di Rusia keberanian untuk ‘menghadap gabenor dan raja untuk memberikan kesaksian kepada mereka.’—Markus 13:9.