13 OGOS 2021| DIKEMASKINIKAN: 6 MAC 2023
RUSIA
TERKINI—HUKUMAN DIKURANGKAN | Saudara Baranov dan Li Tetap Tenang dan Yakin pada Yehuwa
Pada 1 Mac 2023, Mahkamah Kawasan Khabarovsk mengurangkan hukuman penjara tertangguh Saudara Yegor Baranov kepada empat tahun setengah selepas rayuan dibuat. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Pada 6 Jun 2022, Mahkamah Daerah Vyazemskiy di Kawasan Khabarovsk mensabitkan Yegor dan menjatuhkan hukuman penjara tertangguh selama lima tahun ke atasnya. Sedihnya, Saudara Yen Sen Li meninggal dunia sebelum perbicaraan mahkamah berakhir.
Garis Masa
2 Februari 2021
Perbicaraan mahkamah bagi kes Yegor dan Yen Sen bermula
20 November 2020
Yegor dibebaskan dari pusat tahanan selepas 177 hari
26 Ogos 2020
Mahkamah Daerah Pusat di Khabarovsk merampas kereta Yen Sen
29 Mei 2020
Yegor dihantar ke pusat tahanan sebelum perbicaraan
26 Mei 2020
Kes jenayah terhadap Yegor dan Yen Sen dibuka di Kawasan Khabarovsk
Profil
Kita puji dua saudara kita kerana terus percaya kepada Yehuwa. Kita yakin bahawa Dia akan menguatkan mereka untuk bertabah.—2 Tesalonika 3:3.