31 JANUARI 2022 | DIKEMASKINIKAN: 27 MAC 2023
RUSIA
TERKINI—HUKUMAN DIKURANGKAN | Saudari Lyudmila Salikova Dilegakan dan Dikuatkan oleh Yehuwa
Pada 23 Mac 2023, Mahkamah Wilayah Chelyabinsk mengumumkan keputusan bagi rayuan yang dibuat Saudari Lyudmila Salikova untuk kali kedua. Mahkamah mengurangkan tempoh hukuman penjara tertangguh daripada enam tahun kepada dua tahun setengah. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Pada 17 Mac 2022, Mahkamah Wilayah Chelyabinsk menolak rayuan Lyudmila.
Pada 20 Januari 2022, Mahkamah Bandar Snezhinsk di Wilayah Chelyabinsk mensabitkan Lyudmila dan mengenakan hukuman penjara tertangguh enam tahun.
Garis Masa
November 2020
Pihak polis di Snezhinsk menyelongkar rumah empat keluarga Saksi Yehuwa, termasuk rumah Lyudmila. Para pegawai juga menggeledah tempat kerjanya. Kemudian, dia dipaksa untuk berhenti kerja
26 Ogos 2021
Lyudmila didakwa kerana mengatur perjumpaan bagi organisasi agama yang diharamkan dan mengimport bahan bacaan yang tidak dibenarkan
8 Disember 2021
Kes perbicaraan bermula
Profil
Saudara saudari kita di Rusia terus mendapat kekuatan dan kelegaan hati daripada Yehuwa. Tuhan kita yang pengasih meyakinkan kita bahawa Dia “akan menegakkan keadilan bagi anak yatim dan orang yang ditindas, maka mereka tidak akan takut lagi terhadap manusia fana yang hanyalah debu belaka.”—Mazmur 10:18.