15 NOVEMBER 2023 | DIKEMASKINIKAN: 13 MAC 2024
RUSIA
TERKINI—HUKUMAN DIUBAH | “Saya Bertekad untuk Percaya kepada Yehuwa”
Pada 12 Mac 2024, Mahkamah Wilayah Kemerovo telah mengubah hukuman Saudara Pavel Brilkov selepas rayuan dibuat. Hukuman asalnya, iaitu buruh paksa, telah diubah kepada hukuman penjara tertangguh selama dua tahun. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Pada 15 Januari 2024, Mahkamah Daerah Pusat di Prokopyevsk mensabitkan Saudara Pavel Brilkov. Dia dijatuhkan hukuman buruh paksa selama dua tahun dan 10 bulan. a Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Profil
Kita berasa sedih melihat penganiayaan yang dialami oleh saudara saudari kita. “Dengan sabar, [kita] akan menantikan Tuhan yang akan menyelamatkan [kita]” dan terus bertumpu kepada harapan masa depan.—Mikha 7:7.
Garis Masa
10 November 2021
Rumah Pavel dan Vera digeledah. Mereka disoal siasat
30 Mei 2022
Kes jenayah dibuka
16 Mac 2023
Dikenakan sekatan perjalanan
25 Mei 2023
Perbicaraan kes jenayah bermula
a Seseorang yang dijatuhkan hukuman buruh paksa akan diberi kerja oleh pihak berkuasa. Kira-kira 5-20 peratus gajinya akan dirampas oleh kerajaan. Jika pihak berkuasa memutuskan bahawa orang tersebut enggan bekerjasama atau tidak mahu melakukan kerja, dia mungkin dipenjarakan.