Lompat ke kandungan

Saudara Konstantin Sannikov

8 APRIL 2022 | DIKEMASKINIKAN: 16 FEBRUARI 2023
RUSIA

TERKINI—HUKUMAN PENJARA | Ayah yang Dipenjarakan Bantu Keluarga Tetap Rapat dengan Yehuwa

TERKINI—HUKUMAN PENJARA | Ayah yang Dipenjarakan Bantu Keluarga Tetap Rapat dengan Yehuwa

Pada 15 Februari 2023, Mahkamah Daerah Sovetskiy di Kazan mensabitkan Saudara Konstantin Sannikov. Dia dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun setengah. Dia telah ditempatkan di pusat tahanan sebelum perbicaraan sejak Ogos 2020 dan masih ditahan sehingga sekarang.

Garis Masa

  1. 25 Ogos 2020

    Kes jenayah dimulakan selepas penyiasat secara rahsia memasang peranti mendengar di rumah Konstantin. Pihak berkuasa tuduh dia mengatur aktiviti ekstremis kerana orang datang ke rumahnya untuk bincang Bible

  2. 27 Ogos 2020

    Ditangkap dan serta-merta ditahan sebelum perbicaraan

  3. 26 Mei 2021

    Mahkamah larang isteri Konstantin melawatnya, dan permintaan untuk berkunjung selalu ditolak

  4. 20 Ogos 2021

    Perbicaraan bermula

Profil

Sebagaimana Konstantin bantu keluarganya tetap rapat dengan Yehuwa walaupun dalam penjara, kita yakin Yehuwa sama sekali tidak akan gagal untuk ‘sediakan keperluan orang di bawah jagaan-Nya.’ —1 Timotius 5:8.

a Saudara Sannikov kini dalam pusat tahanan sebelum perbicaraan. Jadi, tidak mungkin untuk dapatkan komennya.