Lompat ke kandungan

Dari atas kiri, ikut arah jam: Saudari Maya Karpushkina; Saudara Nikolay Polevodov; Saudara Vitaliy Zhuk dan isterinya Tatyana; Saudara Stanislav Kim; Saudari Svetlana Sedova

23 MAC 2022 | DIKEMASKINIKAN: 24 JUN 2024
RUSIA

TERKINI—HUKUMAN PENJARA DAN HUKUMAN PENJARA TERTANGGUH | Yehuwa Menyokong Enam Orang Saudara dan Saudari yang Setia

TERKINI—HUKUMAN PENJARA DAN HUKUMAN PENJARA TERTANGGUH | Yehuwa Menyokong Enam Orang Saudara dan Saudari yang Setia

Pada 20 Jun 2024, Mahkamah Daerah Industrialniy di Kawasan Khabarovsk mensabitkan Saudari Maya Karpushkina, Saudara Stanislav Kim, Saudara Nikolay Polevodov, Saudari Svetlana Sedova, Saudara Vitaliy Zhuk, dan isterinya Tatyana. Maya dijatuhkan hukuman penjara tertangguh empat tahun. Svetlana dan Tatyana dijatuhkan hukuman penjara tertangguh lima tahun. Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini. Stanislav, Vitaliy, dan Nikolay masing-masing dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dua bulan, lapan tahun empat bulan, dan lapan tahun enam bulan. Tempoh hukuman ini adalah yang paling lama sejak organisasi kita diharamkan pada tahun 2017. Para saudara telah ditahan di mahkamah.

Garis Masa

  1. 10 November 2018

    Pihak berkuasa menghentikan pertemuan sosial kira-kira 55 orang di sebuah kafe. Pihak berkuasa menyoal siasat, mengambil cap jari, dan mengambil gambar semua orang di situ, termasuk kanak-kanak

  2. 12 November 2018

    Stanislav, Nikolay, dan Vitaliy dihantar ke pusat tahanan sebelum perbicaraan. Maya, Svetlana, dan Tatyana dikenakan sekatan perjalanan

  3. 14 Januari 2019

    Nikolay dan Vitaliy dibebaskan dari pusat tahanan sebelum perbicaraan dan ditahan di rumah sendiri

  4. 29 Januari 2019

    Stanislav dibebaskan dari pusat tahanan sebelum perbicaraan dan ditahan di rumah sendiri

  5. 18 Julai 2019

    Kes mereka diserahkan kepada Mahkamah Daerah Industrialniy di Kawasan Khabarovsk

  6. 2 Ogos 2019

    Nikolay tidak lagi ditahan di rumahnya

  7. 9 September 2019

    Kes berasingan yang melibatkan Stanislav dan Nikolay diserahkan kepada Mahkamah Daerah Zheleznodorozhniy di Khabarovsk

  8. 5 November 2019

    Nikolay dikenakan sekatan perjalanan

  9. 18 Januari 2020

    Stanislav dan Vitaliy tidak lagi ditahan di rumah mereka

  10. 4 Februari 2020

    Stanislav dan Nikolay disabitkan bersalah dalam kes berasingan itu. Mereka masing-masing dikenakan hukuman penjara tertangguh dua tahun dan tempoh percubaan oleh Mahkamah Daerah Zheleznodorozhniy di Khabarovsk

  11. 3 Ogos 2020

    Kes yang dibicarakan di Mahkamah Daerah Industrialniy dikembalikan kepada pejabat pendakwa. Pihak pendakwa mengemukakan rayuan

  12. 29 September 2020

    Mahkamah Wilayah Khabarovsk mempertimbangkan rayuan pihak pendakwa. Stanislav dan Nikolay diizinkan untuk membela diri di hadapan hakim. Mereka berkata bahawa Persekutuan Rusia merupakan sebahagian daripada komuniti dunia yang telah menandatangani perjanjian untuk mempertahankan hak dan kebebasan rakyatnya untuk beribadat

  13. 12 Oktober 2020

    Mahkamah Wilayah Khabarovsk menyokong keputusan Mahkamah Daerah Industrialniy, dan kes itu dikembalikan kepada pejabat pendakwa

  14. 15 Disember 2021

    Kes itu diserahkan lagi kepada Mahkamah Daerah Industrialniy

Profil

Kami yakin Yehuwa akan terus menyokong saudara saudari ini dan ramai lagi rakan seiman yang tergolong antara “banyak saksi yang bagaikan awan.”—Ibrani 12:1.