Lompat ke kandungan

Dari kiri ke kanan: Saudara Vladimir Melnik, Vladimir Piskarev, dan Artur Putintsev

20 MEI 2022 | DIKEMASKINIKAN: 17 OKTOBER 2023
RUSIA

TERKINI—HUKUMAN PENJARA DIKENAKAN | Yehuwa Membantu Keluarga-Keluarga Tabah Menghadapi Penganiayaan

TERKINI—HUKUMAN PENJARA DIKENAKAN | Yehuwa Membantu Keluarga-Keluarga Tabah Menghadapi Penganiayaan

Pada 13 Oktober 2023, Mahkamah Daerah Sovietskiy di Bandar Oryol mensabitkan Saudara Vladimir Melnik, Vladimir Piskarev, dan Artur Putintsev. Ketiga-tiga saudara ini dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun. Mereka semua telah berada dalam tahanan sejak Disember 2020 dan akan terus ditahan.

Garis Masa

  1. 8 Disember 2020

    Kes dibuka terhadap Saudara Melnik, Piskarev, dan Putintsev

  2. 9 Disember 2020

    Pihak berkuasa menggeledah rumah lapan keluarga Saksi-Saksi Yehuwa di Oryol, termasuk keluarga tiga orang saudara itu. Mereka dihantar ke pusat tahanan sementara

  3. 11 Disember 2020

    Saudara Melnik dan Piskarev dihantar ke pusat tahanan sebelum perbicaraan

  4. 14 Disember 2020

    Saudara Putintsev dihantar ke pusat tahanan sebelum perbicaraan

  5. 19 Januari 2021

    Pihak berkuasa dimaklumkan bahawa Saudara Piskarev pernah mengalami masalah kesihatan beberapa kali dan memerlukan rawatan kecemasan. Tetapi mereka tidak mengizinkannya menerima ubat atau rawatan

  6. 21 Januari 2021

    Saudara Piskarev dibenarkan menerima ubat yang dihantar oleh isterinya, tetapi dia tidak dibenarkan menerima rawatan

  7. 24 Jun 2021

    Saudara Piskarev diperiksa di hospital, dan dia didapati menghidap strok. Meskipun begitu, dia dihantar kembali ke pusat tahanan sebelum perbicaraan

  8. 29 Oktober 2021

    Tiga orang saudara itu didakwa mengaturkan kegiatan organisasi ekstremis

  9. 31 Januari 2022

    Perbicaraan bermula

Profil

Walaupun keluarga-keluarga ini terpisah, kami yakin bahawa tiada apa-apa pun yang memisahkan mereka daripada jagaan, kasih, dan perlindungan Yehuwa.—Roma 8:38, 39.

a b c Saudara Melnik, Piskarev, dan Putintsev berada dalam pusat tahanan sebelum perbicaraan, maka kami tidak dapat memperoleh komen mereka.