Lompat ke kandungan

Kiri ke kanan: Saudara Boris Andreyev, Saudara Anatoliy Li, dan Saudari Nataliya Sharapova

6 MEI 2024 | DIKEMASKINIKAN: 11 JULAI 2024
RUSIA

TERKINI—HUKUMAN PENJARA | “Semuanya dalam Kawalan Yehuwa”

TERKINI—HUKUMAN PENJARA | “Semuanya dalam Kawalan Yehuwa”

Pada 10 Julai 2024, Mahkamah Daerah Khorolskiy di Kawasan Primorye mensabitkan Saudara Boris Andreyev, Saudara Anatoliy Li, dan Saudari Nataliya Sharapova. Boris dijatuhkan hukuman penjara enam tahun, Anatoliy dijatuhkan hukuman penjara enam tahun enam bulan, dan Nataliya dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun. Mereka sudah berada di pusat tahanan sebelum perbicaraan dan akan terus ditahan.

Profil

Sepertimana Yehuwa mendengar permohonan Anatoliy, Boris, dan Nataliya, kita juga yakin Dia akan mengabulkan doa kita sewaktu kita dalam kesusahan dan memberi kita kekuatan untuk bertabah.—Mazmur 20:1.

Garis Masa

  1. 28 Julai 2022

    Kes jenayah dibuka

  2. 6 Oktober 2022

    Sebanyak 12 rumah telah digeledah di kampung Yaroslavsky. Boris dan Nataliya dimasukkan ke pusat tahanan sementara

  3. 7 Oktober 2022

    Boris dan Nataliya dipindahkan ke pusat tahanan sebelum perbicaraan

  4. 12 Oktober 2022

    Anatoliy dimasukkan ke pusat tahanan sementara

  5. 13 Oktober 2022

    Anatoliy dipindahkan ke pusat tahanan sebelum perbicaraan

  6. 5 Oktober 2023

    Perbicaraan kes jenayah bermula

a b c Semasa rencana ini disediakan, Saudara Andreyev, Saudara Li, dan Saudari Sharapova masih ditahan dan tidak dapat ditemu ramah.