19 MAC 2024 | DIKEMASKINIKAN: 5 NOVEMBER 2024
RUSIA
TERKINI—KEPUTUSAN DIBATALKAN | ‘Yehuwalah yang Sedang Melegakan Saya’
Pada 30 Oktober 2024, Mahkamah Kasasi Bidang Kuasa Am yang Kesembilan di Vladivostok membatalkan sabitan Saudara Sergey Chechulin dan isterinya Saudari Yelena Chechulina. Kes mereka akan dikembalikan kepada mahkamah yang asal untuk dibicarakan semula.
Pada 22 April 2024, Mahkamah Bandar Petropavlovsk-Kamchatskiy di Kawasan Kamchatka mensabitkan Saudara Sergey Chechulin dan isterinya Saudari Yelena Chechulina. Mereka dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama dua tahun. Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Profil
Seperti Sergey dan Yelena, kita juga menghargai Bible, iaitu kurniaan yang sempurna daripada Tuhan. Firman-Nya beri kita kebijaksanaan dan kekuatan untuk tetap setia semasa menghadapi cabaran hidup.—Mazmur 19:7.
Garis Masa
25 September 2022
Kes jenayah dibuka
17 Oktober 2022
Rumah digeledah
6 September 2023
Sergey dikenakan sekatan perjalanan
7 September 2023
Yelena dikenakan sekatan perjalanan
26 Disember 2023
Perbicaraan kes jenayah bermula