14 JULAI 2021 | DIKEMASKINIKAN: 2 DISEMBER 2022
RUSIA
TERKINI—KEPUTUSAN DIUMUMKAN | Persediaan sebelum Penganiayaan Bantu Tiga Saudara Tetap Setia
Pada 30 November 2022, Mahkamah Daerah Ussuriyskiy di Kawasan Primorye mensabitkan Saudara Anton Chermnykh, Sergey Korolchuk, dan Dmitriy Tishchenko. Mereka masing-masing menerima hukuman penjara tertangguh selama enam tahun. Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Garis Masa
23 September 2020
Perbicaraan mahkamah Anton, Sergey, dan Dmitriy bermula
7 Julai 2020
Anton, Sergey, dan Dmitriy didakwa secara rasmi mengambil pimpinan dalam organisasi agama “ekstremis” yang terlarang
18 Jun 2019
Sergey ditahan sebelum perbicaraan selama dua hari
Profil
Seraya perbicaraan mereka berterusan, kita tahu bahawa Yehuwa akan memberkati kesetiaan Anton, Sergey, dan Dmitriy.—Amsal 28:20.