Lompat ke kandungan

Dari kiri ke kanan: Saudara Marat Abdulgalimov, Arsen Abdullaev, Anton Dergalev, dan Saudari Mariya Karpova

20 OGOS 2021| DIKEMASKINIKAN: 28 NOVEMBER 2022
RUSIA

TERKINI—KEPUTUSAN DIUMUMKAN | Tiga Saudara dan Satu Saudari di Dagestan Disokong Yehuwa semasa Ditahan

TERKINI—KEPUTUSAN DIUMUMKAN | Tiga Saudara dan Satu Saudari di Dagestan Disokong Yehuwa semasa Ditahan

Pada 24 November 2022, Mahkamah Daerah Kirovskiy di Makhachkala menyatakan Saudara Marat Abdulgalimov, Arsen Abdullaev, dan Anton Dergalev serta Saudari Mariya Karpova bersalah. Mereka dikenakan hukuman penjara tertangguh antara enam tahun hingga enam tahun setengah. Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Garis Masa

  1. 27 Mei 2020

    Selepas 362 hari, Marat, Arsen, Anton, dan Mariya dibebaskan dari pusat tahanan sebelum perbicaraan dan ditahan di rumah

  2. 4 Jun 2019

    Mahkamah Daerah Sovetskiy di Makhachkala menghantar mereka berempat ke pusat tahanan sebelum perbicaraan

  3. 1 Jun 2019

    Para pegawai FSB, polis rahsia Rusia, mencerobohi 13 rumah Saksi-Saksi Yehuwa di Dagestan

  4. 27 Mei 2019

    Pejabat FSB di Dagestan membuka kes jenayah terhadap Marat, Arsen, Anton, dan Mariya

Profil

Kita amat yakin bahawa Tuhan Yehuwa akan sentiasa bertindak selaras dengan maksud nama-Nya. Dia akan menjadi apa sahaja yang diperlukan untuk melindungi dan menyokong umat-Nya.—Keluaran 3:14.