Lompat ke kandungan

Saudara Andrey Zhukov

7 JUN 2022 | DIKEMASKINIKAN: 21 NOVEMBER 2023
RUSIA

TERKINI—KEPUTUSAN MAHKAMAH DIBATALKAN | Yakin akan Kasih dan Sokongan Yehuwa

TERKINI—KEPUTUSAN MAHKAMAH DIBATALKAN | Yakin akan Kasih dan Sokongan Yehuwa

Pada 20 November 2023, Mahkamah Kawasan Autonomi Khanty-Mansi—Yugra telah mengubah keputusan berkenaan kes Saudara Andrey Zhukov. Kesnya akan dibicarakan semula.

Pada 7 Ogos 2023, Mahkamah Daerah Yugorskiy di Kawasan Autonomi Khanty-Mansi—Yugra telah membebaskan Saudara Andrey Zhukov daripada tuduhan jenayah. Mahkamah mengumumkan keputusan tidak bersalah atas semua dakwaan terhadapnya.

Garis Masa

  1. 17 Ogos 2020

    Kes jenayah difailkan terhadap Andrey. Dia dituduh mengadakan perhimpunan rahsia bagi organisasi “ekstremis”

  2. 19 Ogos 2020

    Sembilan rumah Saksi-Saksi Yehuwa diserbu, termasuk rumah Andrey. Dia dihantar ke pusat tahanan sementara

  3. 20 Ogos 2020

    Dibebaskan tetapi dikenakan sekatan tertentu

  4. 14 Januari 2021

    Namanya dimasukkan ke dalam senarai ekstremis, dan akaun banknya dibekukan

  5. 4 Ogos 2021

    Pihak berkuasa mengenakan tuduhan tambahan terhadap Andrey, termasuk “berdoa kepada Tuhan Yehuwa, mengadakan upacara keagamaan, dan mengkaji teks agama.” Kemudian dia disoal siasat

  6. 15 Oktober 2021

    Petisyen untuk membatalkan kes jenayah ditolak

  7. 29 Disember 2021

    Perbicaraan bermula

Profil

Sokongan yang Yehuwa berikan kepada Andrey dan semua saudara saudari yang dianiaya membuktikan kebaikan-Nya dan bahawa Dia pasti ‘menolong dan melegakan hati kita.’—Mazmur 86:17.