26 OGOS 2021 | DIKEMASKINIKAN: 12 JANUARI 2024
RUSIA
TERKINI—MEMBATALKAN SABITAN | Seorang Bapa Mungkin Dipenjarakan 15 Tahun kerana Imannya
Pada 11 Januari 2024, Mahkamah Wilayah Kawasan Autonomi Khanty-Mansi—Yugra telah membatalkan sabitan Saudara Andrey Sazonov. Kesnya akan dikembalikan kepada Mahkamah Bandar Uray di Kawasan Autonomi Khanty-Mansi—Yugra untuk dibicarakan semula.
Garis Masa
Pada 24 Disember 2021, Mahkamah Bandar Uray di Kawasan Autonomi Khanty-Mansi—Yugra mensabitkan Saudara Andrey Sazonov dan mengenakan denda sebanyak 500,000 ruble (RM 26,515). Sebelumnya, dia mungkin dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun. Kami amat sedih kerana saudara kami disabitkan bersalah. Tetapi, kami lega kerana dia tidak perlu dipenjarakan
22 Jun 2020
Perbicaraan kes Andrey bermula
22 Ogos 2019
Tidak lagi ditahan di rumah, tetapi dikenakan sekatan perjalanan dan sekatan lain
26 Februari 2019
Mula ditahan di rumah
6 Februari 2019
Ditempatkan di pusat tahanan sementara. Dua hari kemudian, selepas kenderaan dan tempat kerjanya digeledah, dipindahkan ke pusat tahanan sebelum perbicaraan
31 Januari 2019
Didakwa “mengatur dan mengambil bahagian dalam aktiviti organisasi ekstremis”
Profil
Kita hargai teladan baik saudara saudari kita di Rusia yang terus dianiaya. Kita yakin bahawa Yehuwa akan terus ‘menguatkan dan memberanikan’ mereka.—Mazmur 138:3.