Lompat ke kandungan

Bangunan Mahkamah Daerah Moskovskiy di Bandar Nizhny Novgorod; Inset: Saudara Maksim Zavrazhnov

20 APRIL 2022
RUSIA

TERKINI | Maksim Zavrazhnov Tetap Bersikap Positif

TERKINI | Maksim Zavrazhnov Tetap Bersikap Positif

Pada 30 Mei 2022, Mahkamah Daerah Moskovskiy di Bandar Nizhny Novgorod mensabitkan Saudara Maksim Zavrazhnov dan menjatuhkan hukuman penjara tertangguh selama enam tahun ke atasnya. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Garis Masa

  1. 4 Jun 2019

    Siasatan jenayah bermula

  2. 17 Julai 2019

    Dituduh mengatur aktiviti ekstremis. Ditangkap, disoal siasat, dan ditahan semalaman

  3. 18 Julai 2019

    Sekatan dikenakan. Tidak boleh menggunakan telefon atau Internet, dan tidak boleh meninggalkan rumah dari jam 9:00 malam hingga jam 9:00 pagi

  4. 3 Februari 2020

    Sekatan dibatalkan

  5. 26 Februari 2020

    Dikenakan sekatan perjalanan

  6. 6 Disember 2021

    Perbicaraan jenayah bermula

Profil

Seraya saudara saudari di Rusia dan Crimea terus dianiaya, kita semakin yakin bahawa Yehuwa tidak akan meninggalkan umat-Nya yang setia.—Ibrani 13:5.